Followers


Rabu, 8 Jun 2011

Nasi Lemak Hujan Panas

 Salam....Lambat sikit masukkan n3 hari nie.Kepala berat tambah dengan selesema yang tak baik-baik lagi nie.Hiding sumbat ni..Seksanya rasa..Makan ubat pon tak baik-baik lagi nie mcm mana ni.Air masak tak payah ckp lakan bergelas-gelas dah minum..Nie pon ada rasa macam nak batuk pulak..Menu tengahari kami hari nie ialah nasi lemak hujan panas.Banyak juga tengok rakan-rakan  bloger buat nasi hujan panas nie..Resepi asal saya dapat dari kak ayu..Kat rumah Mas pon ada juga\..Rumah kak ana pon ada..Tu yang terpanggil nak buat nie...Memang menarik la nasi nie..Saya makan nasi nie dgn sambal ikan bilis petai,ayam goreng berempah dgn kangung goreng belacan..Kangkun dgn sambal petai ikan bilis tu lauk malam tadi.Ada balence bawak la ke hari ni.Boleh makan lagi..Jom la layan resepi...Saya tak buat sambal ikan tonggkol..Pada yang nak resepi asal boleh semak kat dapur kak ayu..untuk resepi kangkung goreng belacan lihat sini
 Resepi asal:-)
Kak Ayu


Sumber:-) Fiza damia yummy









Bahan-bahan :-)
 2 mug beras (dicuci bersih)
 1/2 mug santan pekat
2 mug air (ikut jenis beras)
 1 biji bawang putih (di mayang halus)
 1/2 inchi halia (di ketuk / dihiris halus)
 1/2 sudu kecil halba
 1 sudu kecil garam
 Sehelai daun pandan
 Sedikit pewarna merah, kuning dan hijau


Cara-cara:-)

-Masukkan semua bahan ke dalam rice cooker KECUALI pewarna.

-Masak nasi seperti biasa. Sekali sekala kacau supaya santan bergaul rata.

-Bila nasi telah kering, baki 2 minit sebelum nasi masak, buatkan 3 lubang. Titiskan setitik warna...satu warna untuk satu lubang.

-Kacau nasi di setiap bahagian warna, jangan di kacau secara keseluruhan lagi.

-Selepas 2 minit nasi masak barulah di kacau secara keseluruhan supaya berwarna warni seperti warna pelangi

-Sesuai di makan bersama sambal tumis, timun, telur rebus/goreng, sambal ikan bilis atau apa sahaja lauk kegemaran anda. Selamat mencuba.





Resepi asal:-)Raidah
Sumber:-) Fiza damia yummy



Ayam Goreng Berempah.


Bahan-bahan:
1 ekor ayam ~ dipotong kecil
5 biji bawang merah ~ ditumbuk
4 ulas bawang putih ~ ditumbuk
1 inci halia ~ ditumbuk
3 sudu besar serbuk cili
2 sudu kecil serbuk ketumbar
2 sudu kecil serbuk jintan manis
3-4 sudu besar tepung jagung
1 sudu serbuk kunyit
1 biji telur
Garam secukup rasa
Minyak


Cara penyediaan:
1. Satukan ayam dengan semua bahan hingga sebati.
2. Perap ayam selama 2-3 jam.
3. Goreng dalam minyak yang banyak sehingga garing.





Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Archive

RECENT VISITORS

Jalan-jalan Sambil Minum..Nah Segelas Kopi