Followers

Sabtu, 18 Jun 2011

Kek Coklat Tiramisu

 Ini kek brithday mia.Kek coklat tiramisu..Memang tak terkata la mia makan.Suka sangat-sangat biala tengok mia makan kek ni..Rasa bahagia sangat bila makan yang dibuat oleh kita anak n suami suka makan.Tak rasa penat langsung bila kita masa.Berbaloi lah bila mereka ni makan sampai habis..Haritu tak sempat nak bagi resepikan.Jom hari ni saya bagi resepi..
Resepi asal:-)Dayang Jack

 Bahan-bahan:-)Kek Coklat Tanpa Telur (loyang 9 inci)
2 cawan tepung gandum*
3/4 cawan serbuk koko*
2 sk serbuk penaik*
1 sk soda bikarbonat*
1/2 sk garam halus
1 1/2 cawan gula pasir / gula halus
3/4 cawan minyak masak sayuran / minyak jagung
1 1/2 cawan air kopi/nescafe panas
3/4 cawan susu perisa coklat
1 sk esen vanilla
2 sk cuka

Cara-cara :-)
  1. Sediakan loyang kek. Griskan dgn mentega dan taburkan sedikit tepung. Panaskan oven pada suhu 170-180 C.
  2. Di dalam mangkuk adunan, ayakkan bahan-bahan bertanda *.  Masukkan garam. Ratakan.
  3. Satukan gula, air kopi/nescafe panas, susu segar, dan esen vanilla ke dalam satu bekas dan bancuh  hingga gula larut. Kemudian satukan dengan langkah no 2. Masukkan minyak masak/minyak jagung. Kacau mengikut arah pusingan jam.
  4. Tapiskan adunan.
  5. Masukkan cuka dan terus kacau serta merta selama 20 saat. (Gunakan spatula/senduk kayu)
  6. Tuangkan cepat2 adunan ke dalam loyang dan bakarlah selama 30-40 minit atau sehingga masak. (suhu bergantung pada jenis oven masing2).
  7. Setelah masak, sejukkan kek terlebih dahulu.
Bahan-bahan : Tiramisu
500 g cream cheese
400 g whipping cream
100-150 g gula icing /gula kastor 
air nescafe secukupnya
serbuk coklat / serbuk koko

Cara-cara : Pukul keju bersama gula hingga sebati. Kemudian masukkan whipping cream. Putar lagi hingga kembang dan gebu.

Cara-cara melapis : 
  1. Potong kek coklat menjadi dua lapis. Susunkan lapisan pertama ke dalam loyang atau bekas bersesuaian. 
  2. Kemudian siramkan dgn air nescafe di atasnya. Lapiskan dgn adunan tiramisu. Siramkan lagi dgn air nescafe. Ulangi proses hingga habis dan diakhiri dgn lapisan tiramisu di permukaannya. 
  3. Sejukkan selama 3-4 jam. 
  4. Kemudian, ayakkan serbuk coklat/serbuk koko pd permukaan kek atau hiaslah mengikut kesukaan masing2.

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Archive

Recent Posts

Terdapat ralat dalam alat ini

RECENT VISITORS

Jalan-jalan Sambil Minum..Nah Segelas Kopi