Followers


Sabtu, 18 Jun 2011

Happy Brithday Anakku Mia...


 Selamat pagi...semalam tak ada n3 langsung.Mood semalam semua hilang entah kemana.Tak mengapa biarkan mereka2 tu.Janji saya tak menyakitkan hati mereka.Alhamdulilah hari nie bangun pagi sangat happy dan rasa bersyukur sangat kehadrat allah kerana diberikan peluang untuk melihat anak membesar.Semalam hari lahir Nur Aisyah Damia yang ke 3tahun.Ada la buatkan kek untuk anak kesayangan ku itu.Sukanya bila mama buatkan kek untuk dia.Tak sabar-sabar lagi nak makan.Sambil-sambil mama buatkan kek tu mia pon sebok dok menolong jugak.Ce cuba tengok deko kek tu Hasil tangan mia la tu.Mama nak tuliskan cantik-cantik mia pon nak jugak.Bual la nak oi.Janji kamu sangat bahagia dan gembira.
Selepas 1jan melihat dunia
 Teringat 3tahun yang lepas.Mama tak ada masaalah langsung nak melahirkan kamu damia.Cuma masa nak bersalin tu pintu rahim belum terbuka lagi.Tapi mama tak sakit langgsung.Doktor asyik cheak pintu rahim mama dah terbuka ke belum lagi..Bila mama sakit nak bersalin doktor pecahkan air ketumban baru la mama sakit nak bersalin.Masa proses nak melahirkan mia sekejap sangat.Masuk labor room pukul 11.00 pagi.Dan hanya selepas 44m minit lahir la seorang budak perempuan yang beratnya 3.44kg.Tu la mia.Masa keluar melihat dunia mia langsung tak menangis.Tapi doktor cakap anak pn dah buang air besar..Kahkahkah..kelakarnya.Doktor kata tak pe.Tu lagi bagus cepat boleh balik rumah.Anak pn pon sihat dan tiada sebarang masalah..Syukur kepadanya yang memberi zuriat kepada kami suami isteri.
 Mia dengan kehadiran kamu mama dan papa sangat bahagia.Orang yang paling bangga masa tu biasalah papanya la.Dia rasakan dunia nia dia yang punya.Papa cakap papa bangga sanga dan papa macam nak bagi tahu satu dunia yang papa dah ada mia.Mia di tatang bagaikan minyak yang penuh.Tak sekali pon papanya marahkan mia.Begitu saratnya kasih sayang papa pada mia.Wahai anak ku Nur Aisyah Damia jadi lah anak yang berguna dan solehah untuk keluarga kita.Hanya kamu sahaja harta yang paling berharga buat mama dan papa.Tiada galang gantinya kamu.Tidak akan serupa dengan yang lain..Ingat la pesan mama.Walau pon kamu masih kecil mama harapkan suatu hari nanti bila kamu dewasa kamu faham..Aisy apa ni sedih-sedih..Jom la laya mia potong kek kat bawah ni..Mama buat kek tiramisu...


Bear Tu ayah n ibu angkat mia yang bagi

Hadiah yang diperolehi oleh mia..

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Archive

RECENT VISITORS

Jalan-jalan Sambil Minum..Nah Segelas Kopi