Followers


Selasa, 14 Jun 2011

Ikan Cencaru Sumbat Bakar,Air Asam dan Tofu Bersos Tiram

Assalammualaikum...Harini rasa nak makan ikan bakar..So pi la jalan-jalan kat umah pak cik googel..Belek punya belek resepi kat umah pakcik googel terjumpa la resepi yang berkenan di hati ku..Wakakaka...apa aku tulis ni..merepek je..Jalan-jalan kat rumah pak cik googel terserempak la dengan jiran pakcik googel untuk resepi ikan cencaru sumbat bakar tu saya masuk jiran pakcik googel iaitu teratak ria..Untuk Air asam pula buat sendiri..Mesti semua tau buatkan..Sama je dengan orang lain buat.Cuma saya tambahkan kerisik dgn tomato..Untuk Tofu tu saya ambil resepi dari Marjina @myresipi...Tq ye pada anda-anda yang sudi berkongsi resepi..Saya ni budak baru belajar..hehe..jon tengok resepi...
Resepi Asal:-)Teratakria


Ikan Cencaru Sumbat Bakar
Bahan-bahan:-)
Beberapa ekor Ikan Cencaru-Serbuk Kunyit+Garam


Bahan-bahan Sambal:-)
20Tangkai Cili Kering
2Biji Bawang Merah
3Ulas Bawang Putih
Sedikit Air Asam Jawa
Garam n Gula


Cara-caranya:-)
-Bersihkan ikan dan belah belakang ikan.Lumur ikan dengan garam da serbuk kunyit.
-Bahan sambal ditumbuk kasar dan gaul dengan air asam jawa dan.
-Sumbat ikan dengan sambal yang di tumbuk tadi.
-Bakar ikan hingga ikan masak..
-Hidang bersama air asam jawa..
Resepi Asal:-)Marjina


Untuk Tofu Bersos Tiram
Tofu Lembut-potong bulat-Saya guna tofu yg bulat
Tepung Jagung
Cendawan Butang-Saya Gantikan dengan Tomato
Lobak Merah-Potong Bulat
Sedikit Serbuk Lada Putih
2Biji Bawang Merah-Hiris
2Ulas Bawang Putih-Ketuk
Gula n Garam
Minyak untuk menggoreng dan menumis
Air secukupnya


Cara-caranya:-)

  1. Panaskan minyak untuk menggoreng. Ambil sedikit tepung jagung dan letak didalam bekas. Ambil tofu yang telah dipotong tadi dan salut dengan tepung jagung. Buat satu persatu dan berhati-hati sebab tofu ni sangat lembut. Goreng tofu tadi dan angkat bila sudah kekuningan. Letak dalam bekas.
  2. Panaskan sedikit minyak untuk menumis. Tumis bawang merah + putih hingga wangi.
  3. Masukkan cendawan. Goreng sekejap. Masukkan sos tiram, serbuk lada putih dan lobak merah. Goreng lagi.
  4. Ambil 1/2 sudu kecil tepung jagung. Bancuhkan dengan sedikit air. Masukkan kedalam bahan yang digoreng. Tambah air jika kuah terlampau pekat.
  5. Biarkan kuah mendidih sebentar dan rasa. Tambah garam + gula mengikut citarasa. Tutup api.
  6. Tuang kuah tadi ke atas tofu yang telah siap digoreng dan diletakkan dalam bekas. Untuk tofu rasa rangup, tuang kuah pada tofu hanya apabila anda sedia untuk makan.


Air Asam

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Archive

RECENT VISITORS

Jalan-jalan Sambil Minum..Nah Segelas Kopi