Followers


Khamis, 23 Jun 2011

Blueberry Cheese Tart



 Selamat pagi sume...Sihat ke pagi nie..Saya satu malam tak boleh tido mlam tadi..Bangun tido dalam keadaan ting tong..Malam tadi satu badan gatal-gatal.Kata En.Husband mama ni salah makan kot..Pelik jugak apa yang sala makan..Tah la tak tau la...Ni pon masih ada gatal-gatal lagi..Kalau tak hilang juga nak pegi klinik jap lagi..Ni lagi satu cerita semalam dari petang sampai tengah malam tak boleh nak masukkan n langgsung tak tau la nape.Risau jugak kot-kot kena virus ke..Bangun pagi ni siap sume keje terus je mengadap lap top ni nak tengok la boleh ke masukkan n3.OK alhamdulilah nasib baik boleh masuk..K berbalik kepada resepi dan gambar yang ada ni..Cheese tart blueberry ni saya buat semalam petang.Macam yang di cerita tadi nak masukkan petang semalam tak boleh.Jadi masukkan la pagi nie..Resepi saya dapat dari blog westernfood...
Resepi asal:-)westernfood...

Bahan-bahan untuk Pastri Tat Keju Bluberi
200g mentega/majerin
100g gula ising
1 bj telur
400g tepung gandum
1 sudu teh esen vanila



Cara membuat Pastri Tat Keju Bluberi
  • Kacaukan mentega dan gula ising sehingga sebati. Tidak perlu terlalu kembang.
  • Masukkan telur dan esen vanila dan kacau lagi sehingga sebati.
  • Tambahkan tepung gandum dan gaul ramas adunan sehingga mendapat tekstur butiran yang lembut.
  • Canai adunan dan potong mengikut saiz acuan.
  • Tekankan kedalam acuan tat yang telah dilenser dengan mentega
  • Cucuk bahagian dasar adunan supaya pastri tidak mengembang dalamnya.
  • Bakar pada suhu 180C selama 10-12 minit atau sehingga masak. 
  • Keluarkan dari acuan dan sejukkan.
  • Simpan didalam balang sehingga diperlukan.

 Bahan-bahan untuk Inti Tat Keju Bluberi
250g krim keju (cream cheese)
3 cmb gula pasir
2 cmb mentega
1 bj telur
6 cmb krim putar (whipping cream)
2 cmb tepung gandum
2 cmb blueberry filling


Cara membuat inti Tat Keju Bluberi
  • Pukul krim keju, mentega dan gula
  • Masukkan telur dan krim putar dan kacau lagi sehingga sebati.
  • Masukkan tepung gandum dan kacau menggunakan teknik kaup balik sehingga semuanya bercampur rata.
  • Ambil sedikit blueberry filling dan masukkan kedalam kulit tat.
  • Sudukan sedikit adunan tat keju menutupi seluruh blueberry filling. Jangan isi terlalu penuh. Sebaik-baiknya melebihi 3/4.
  • Titikkan sedikit blueberry filling dibahagian atas dan lorekkan menggunakan lidi yang tajam untuk membuat corak dan hiasan.
  • Bakar dalam ketuhar pada suhu 180C selama 10 minit sehingga masak.

Dan bila si comel ku makan..
suka sangat tengok mia makan

mia makan sambil tengok kartoon

sempat lagi post nak ambil gambar


Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Archive

RECENT VISITORS

Jalan-jalan Sambil Minum..Nah Segelas Kopi