Followers


Isnin, 27 Jun 2011

Ayam Goreng Crispy n Acar Timun Mentah


 Ni lauk untuk makan dengan nasi kacang dhal tadi..Ayam goreng crispy tu saje je buat untuk mia..Ayam crispy tu saya dapat dari sini.Tq to izah daud.Mintak izin konsi kat sini ye tuan rumah..

resepi asal:-)izah daud




Bahan-bahan Untuk Ayam Goreng Crispy:-)



6 ketul ayam
3/4 cawan tepung gandum
1/4 cawan tepung kanji-Saya Ganti tepung jagung
2 sudu kecil serbuk lada hitam
1 sudu kecil garam
1 sudu kecil serbuk cili 
1 sudu kecil serbuk jintan manis
1 sudu kecil serbuk jintan putih

1 biji telur

1/2 cawan susu segar

 Cara-cara:-)

  • Bersihkan ayam.Sejatkan airnya.
  • Masukkan semua bahan dari no.2~ no.8 ke dalam beg plastik. Tutup beg plastik dan goncang-goncang biar semua bergaul sebati.
  • Campurkan susu dengan telur dan pukul sehingga sebati. Kemudian panaskan minyak.
  • Ambik 2~3 ketul ayam. Masukkan ke dalam tepung tadi. Goncang-goncangkan beg plastik.. biarkan ayam bersalut dengan tepung. Kemudian keluarkan ayam tadi. Celup pula ke dalam sebatian telur dan susu. Masuk semula ayam ke dalam beg plastik. Goncang-goncangkan. Kemudian goreng dengan minyak penuh sehingga perang atau garing.
  • Angkat dah letakkan di atas bekas yang berlapik dengan kitchen paper supaya minyak meresap pada paper.
  • Ulang langkah ke 4~5 sehingga ayam habis. Hidangkan ketika panas-panas
 Bahan-bahan untuk Acar Timun
1 batang timun
Nenas jika suka
1/4 bawang besar-Hiris
cuka makan secukupnya


3Sudu Besar Cili Sos
2Sudu Besar Tomato sos
Sedikit Udang Kering
1Biji Cili Merah-Hiris
Garam n Gula




Cara-caranya:-)

  • Kupas kulit timun dan potong nipis-nipis. 
  • Mayang bawang besar
  • Masukkan semua bahan-bahan di atas. Gaul sehingga rata
  • Biarkan selama 5 minit atau lebih sebelum dimakan.



Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Archive

RECENT VISITORS

Jalan-jalan Sambil Minum..Nah Segelas Kopi