Followers


Isnin, 27 Jun 2011

Puff Sardin

 Hai-hai...jumpa lagi..Jom laya puff sardin petang nie..senang nak buat.Boleh buat untuk sarapan pagi,minum petang atau bila-bila masa saja..Dah malam baru dapat nak masukkan n3..Kita org makan puff ni petang tadi..Pantang kita ni tengok org buat puff kita pon nak puff jugak..Ini la kejadiannya..Resepi asal dapt dari rumah kak ida 1001resepi tu..kak umi pon ada jugak..Saya buat rujukkan dua2 nie..
 Bahan-bahan
Bahan:-
  • 1 paket pastry puff (4x4 in) jenama Kawan
  • 1 biji telor - dipukul sedikit
Bahan Inti:-
  • 1 tin kecil sardin - buangkan sosnya
  • 1 labu bawang besar - didadu
  • 2 tangkai cili merah - dicincang halus
  • 1 cm halia - tumbuk halus
  • 1/2 sudu kecil serbuk lada sulah
  • sedikit gula (0ptional)
  • garam secukup rasa
  • 1 sudu besar jus limau nipis
  • sedikit minyak untuk tumis


Cara-Cara:-
  • Keluarkan pastry puff dan biarkan ia lembut dulu.
  • Hancur-hancurkan sardin dan ketepikan. (nak hancurkan masa memasak pun ok)
  • Panaskan minyak dan tumis bawang besar, cili dan halia hingga naik bau.
  • Masukkan sardin dan kacau sambil dihancur-hancurkan.
  • Masukkan garam, gula dan serbuk lada sulah secukup rasa
  • Masukkan  perahan jus limau. Kacau sebati dan sesuaikan rasa.
  • Tutup api dan sejukkan sebentar.
  • Canaikan sedikit puff pastry dan letak inti. Tutup dan tekankan dengan hujung garfu hingga rapat.
  • Kelarkan puff dan sapu telor. Bakar di dalam oven yang telah dipanaskan terlebih dahulu pada suhu 180C (ikut oven masing2 dan biar panas betul) selama 20 minit atau hingga kuning keemasan. Sejukkan di atas redai dan bolehlah minum petang ke pagi ke

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Archive

RECENT VISITORS

Jalan-jalan Sambil Minum..Nah Segelas Kopi