Followers

Sabtu, 21 Mei 2011

Sup Ayam

 Salam petang..HuHu..baru nak masukkan n3 ni ha..Tadi tenit tak boleh pakai.Tah ape kesnya pon tak tau.Godek punya godek tak blh jugak.Last sekali lantak ko la berokban malas aku nak laya ko.Duduk je kat situ diam-diam.Hari ni mia minta mama buat sup.Ok la mama cakap nanti mama buatkan sup ayam.Ada ke pagi2 bangun terus nak.Mana la nak sempat buat.Dengan ayam keras macam batu tu..Tunggu jap ye jap g mama buatkan tuk mia tau..Mia ckp ok mama.Mia sayang mama.Nak bodek la tu aku ckp.Hahahah...mia nie memang kelakar la..




Bahan-bahan:-)
800 g ayam-Potong kecil dan bersihkan
5 batang serai, dititik
2 batang saleri, dikerat2 – ( saya guna daun sup dan daun bawang je… bahan tabur )
2 biji kentang, belah 4 setiap satu
5 – 6 cawan air (atau secukupnya)
Garam dan gula secukup rasa
2 kuntum bunga lawang#
5 biji buah pelaga#
3 kuntum bunga cengkih#
1 batang kayu manis#(#rempah tumis)
5 biji bawang merah*
3 ulas bawang putih*
3-4 biji cili padi*
4 cm halia*
1 camca teh lada hitam
2 camca besar ketumbar*
1 camca teh jintan kasar*
1 camca teh jintan halus*(*dikisar halus)
Hirisan daun sup/daun bawang, untuk hiasan
Bawang goreng, untuk hiasan






CARA MEMBUATNYA
1. Ayam dibuang kulit, cuci bersih dan toskan.
2. Panaskan sedikit minyak dalam periuk, tumis rempah tumis, serai, dan bahan kisar halus hingga harum.
3. Masukkan ayam tadi dan gaul rata. Masak hingga ayam kecut kurang lebih 5 minit.Masukkan juga kentang dan masak hingga kentang empuk.
4. Tuang air dan masukkan daun bawang. Gaul rata dan renih hingga ayam masak.
5. Tambah garam secukup rasa dan secubit gula sebagai pemangkin.
6. Rasa dan jika ok boleh matikan api.
Tabur hirisan daun sup/daun bawang dan bawang goreng sebelum dihidangkan. Sedap juga dihirup begitu saja…..

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Archive

Recent Posts

Terdapat ralat dalam alat ini

RECENT VISITORS

Jalan-jalan Sambil Minum..Nah Segelas Kopi