Followers


Jumaat, 20 Mei 2011

Kebab Daging

 Salam...dah malam-malam ni perut ni lapar pulak..Tengah pongah2 dapur ternampak pulak roti hot dog yang buat roti john minggu lepas.Tengok rotinya elok lagi.Terus amik..Tapi dok pikir nak buat ape yek.Pikir punya pikir buar kebab pon ok gak kan.Dah lama tak makan kebab..Kebab ni dah banyak kali buat.Kali nie saya buat pakai daging buger.Sedap jugak....Jon la tgk resepinya..tak moh cakap banyak..
 Bahan-bahan:-)
6Biji Roti Hot Dog
3Keping Daging Buger-hancurkan
1Biji Bawang Besar-Dadu
2Ulas Bawang Putih-Cincang
1Sudu Serbuk Cili
1Sudi Rempah Kari
Daun Sup-Hiris Halus
Garam n Gula


 Cara-caranya:-)
-Tumis bawang besar dan bawang putih hibgga layu.Kemudian masukkan daging buger goreng hingga masak.
-Masukkan rempah kari dan serbuk cili.Masak lagi sampai sebati.
-Masukkan garam dan gula serta daun sup.Kacau lagi.
-Ambil roti belah ditengah-tengahnya jangan sampai putus..ambil inti letakkan ditengah-tengah roti tadi.
-Boleh di tambah dengan coslow...


Bahan-bahan untuk coslow:-)
1/2Biji Kobis-Hiris halus
1Batang Carot-Hiris halus
1Sudu Teh Lada Sulah
Sedikit Garam
Sedikit Gula
Mayonis


Cara-caranya:-)
-Bersihkan kobis dan carot, hiris halus.
-Masukkan dalam satu mangkuk campur semua bahan diatas dan gaul sebati..
-Letak diatas kebab tadi..


.........................fiZa DaMia YummY..........................................

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Archive

RECENT VISITORS

Jalan-jalan Sambil Minum..Nah Segelas Kopi