Followers

Sabtu, 21 Mei 2011

Pulut Kuning Kari Ayam

 Salam petang ni n3 tuk petang ni...makan pulut kuning...lama tak makan pulut kuning nie...teringa masa kecik2 dulu masa mengaji qulran..bila ada budak katam qulran mesti buat kenduri bagi pulut kuningkan..rindu nak kembali zaman kanak-kanak...boleh ke?Dah jadi mak orang pon.hehehe..jom la tengok bahan-bahannya 
Bahan-bahan:-)
3Cawan beras pulut (+-500 gram)
250 ml santan
1/2 sudu kecil garam
1 sudu kecil serbuk kunyit
1 keping asam gelugor
1 helai daun pandan - di potong 2
Air untuk merendam pulut - sukatan air 1 -1 1/2 inci melebihi paras pulut

Cara-cara:-)
-Beras Pulut di cuci bersih.
-Masukkan air, serbuk kunyit dan asam gelugor ke dalam bekas dan kacau supaya serbuk kunyit larut.
-Kemudian masukkan beras pulut dan rendam semalaman.
-Keluarkan asam gelugor, cuci dan bilas beras dengan air paip untuk membuang sisa-sisa kunyit.
-Didihkan air dan masukkan beras dan separuh daun pandan ke dalam pengukus, ratakan.
-Kukus selama 15 minit atau sehingga 3 suku masak.
-Angkat dan masukkan ke dalam mangkuk besar bersama baki daun pandan tadi.
-Tuangkan santan yang telah dicampur dengan garam gaul rata.
-Kemudian ratakan semula pulut ke dalam pengukus dan kukus semula selama 15 - 20 minit atau sehingga masak.
-Angkat dan hidangkan. Sesuai di makan bersama rendang, sambal tumis,kari ayam, masak berlada/ sambal. -Selamat mencuba!

TIPS
UUNTUK MENDAPATKAN WARNA PULUT KUNING YANG CANTIK SEKATA
  • Rendam beras pulut bersama asam gelugor atau asam keping supaya warna melekat pada beras.
  • Kacau beras 2 atau 3 kali selama proses merendam supaya sekata.
  • Tumbuk sedikit kunyit hidup dan masukkan ke dalam beras yang di rendam. ( warna lebih terang)

                 
                      .....................fiZa DaMia Yummy........................

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Archive

Recent Posts

Terdapat ralat dalam alat ini

RECENT VISITORS

Jalan-jalan Sambil Minum..Nah Segelas Kopi