Followers

Ahad, 22 Mei 2011

Buger Malaysia

 Salam sume..happy sunday ye tuk semua.Sebenarnya ni kita org makan malam semalam/Tak sempat nak masukkan n3 nya malam tadi.So masukkan malam ni.Biasa la kan saya kalau hari2 minggu nie memang sebok je memanjang..Yang sebebarnya datangnya idea nak buat buger malaysia bukan sebab apa.Ada sambal ikan bilis yang dibuat semalamnya.Tengok dah tak de sape nak makan.Dari masuk kedalam tong sampah baik kita bega-bega sikit.Baru la ada org nak makan.Saya buat buger malaysia ni dapat la dlm lapan biji.Kenyang ko makan.Kalau beli kat luar menyakitkan hati je dah la sambalnya sikit.Keras pulak rotinya.Bila buat sendiri sedapnya tak terkata.Lagi dimakan panas-panas...yummy....
Resepi Asal :-)iresepikuih.blogspot.com
Olahan:-)fiza damia yummy


 Bahan-bahan:-)
Untuk sambal
Minyak masak
1Labu Bawang Besar*
2Ulas Bawang Putih*
Sedikit Belacan*
10Tangkai Cili Kering-Rebus dan Kisar*
1/2Cawan Ikan Bilis Halus
2Sudu Besar Gula Merah
1/2Cawan Air Asam Jawa
1Sudu Gula Pasir
Garam


Cara-caranya:-)
Untuk Sambal
-Panaskan minyak dan masukkan ikan bilis.Goreng hingga kekuningan.
-Masukkan (*) yang di kisar halus.Tumis hingga garing.
-Masukkan gula merah,gula pasir dan garam dan gaul sebati.Angkat dan ketepikan dulu.


 Untuk Doh:-)
250Gram Tepung Gandum
120Ml air
2Sudu Makan Majerin
2 1/2Sudu Besar Gula Halus
Secubit Garam
2Sudu Kecil Yis
Minyak-Untuk mengoreng
Timun-Hiris Nipis


Cara-cara:-)
-Masukkan semua bahan kecuali timun dan minyak.Uli sehingga menjadi doh yang tak melekat di tangan.
-Rehatkan doh selama 30minit.Bahagi doh kepada 8bahagian-
-Bentukkan bulat-bulat dan rehatkan lagi biar naik dua kali ganda.
-Bila doh telah naik panaskan minyak goreng  doh dalam minyak yang panas sehingga kekuningan.
-Angkat dan toskan.Belah tengah jangan sampai putus.Isi dengan sambal ikan bilis tadi dan timun yang dipotong nipis.....


                     ............................fiZa DaMia YummY...........................

2 ulasan:

Naz berkata...

Salam Fiza.. Mmg betul pun.. kalau buger malaysia yg beli tu selalunya ciput jer inti dia letak.. Asal ada dah.. Buat sendiri puas hati kan..

fiza damia berkata...

waalaikumsalam...betul tu.kalau beli kat kedai intinya kedekit tul.sikit je..memang bila buat sendiri puas hati makan.siap dapat permintaan lagi..hehehe

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Archive

Recent Posts

Terdapat ralat dalam alat ini

RECENT VISITORS

Jalan-jalan Sambil Minum..Nah Segelas Kopi