Followers


Khamis, 5 Mei 2011

Popia Goreng


 Selamat pagi sume.Dah sarapan ke.Ni minum petang semalam punya bawa ke pagi sekali.Ada lebihan inti semalam pagi nie buat lagi.Hehehe en suami suka.memang kena dgn anak tekak dia la kan ada rasa pedas yang dtg dari sambal tu.Tapi mia tak blh makan sakit perut dia tambah muntah-muntah.tu yg tak sempat nak masukan semalam.Lepas buat terus siap nak g klinik.Alhamdulilah harini nampak ok sikit la.Mintak2 cepat sembuah la anak mama..Jom semak resepi..









 pastry yg digunakan
Bahan-bahan:-)
Bahan Kulit:-)
-Kulit popia ready made
-Minyak untuk mengoreng
1Sudu besar Tepung Ubi+3Sudu besar Air 


Bahan Inti:-)
200Gram Isi udang@Daging@Ayam
1Batang Carrot-Hiris halus@sagat
1/2Biji Kobis-Hiris Halus
5Batang Kacang Panjang-Potong halus
1Tangkai Cili merah-Hiris Halus
1Biji Bawang Besar-Potong Dadu
1Ulas Bawang Putih-Cincang
1Sudu Besar Minyak Masak-Untuk menumis
Garam


Untuk Sambal:-)
1Cawan Cili Giling
Gula secukup rasa
Garam
1/2 Cawan Air
1/2 Cawan Air asam jawa


Bahan hiasan:-)
Bijan
Kacang Tanah-Goreng n tumbuk
Bawang Goreng


Cara-caranya:-)
Untuk Inti:-)
-Panaskan minyak dan tumis bawang besar,bawang putih sehingga wangi dan layu.Masukkan udang@daging @ ayam,kobis,carrot dan kacang panjang kacau rata.Kemudian masukkan garam kacau lagi.
-Bila sayur telah lembut tutup api dan tapiskan supaya air lebihan dari kita masak tadi turun.
-Letak inti popia ditengah-tengah kulit popia dan gulungkan sehingga hujung seperti membuat kuih gulung atau ketayap.
-Gamkan hujung popia dgn bancuhan tepung ubi tadi.
-Goreng dlm minyak yg banyak dan panas.


Untuk Sambal:-)
-Masukkan kesemua bahan-bahan diatas  dan masak sehingga kering dan masak.
-Masak tanpa minyak.
-Bila sudah masak sapu pada popia dan ditabur dgn bawang goreng,kacang dan bijan.






                                      ....................fiZa DaMia YummY...................

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Archive

RECENT VISITORS

Jalan-jalan Sambil Minum..Nah Segelas Kopi