Followers


Khamis, 19 Mei 2011

Popia Goreng Lagi

 Salam sume.hai..hai...popia lagi org ni..tak jemu ke..Ada aku kesah..hahaha tak baikkan.Dah suka buat la lagi..Bukan ape nak perabih stok sambal dgn stok buat inti pau yg tak menjadi semalam tu ha...semalam buat pau tapi tak jadi kenapa tah paunya tak moh naik kembang mcm tuan umah nie..Tuan umah yg naik kembang dok melantak je hari2..Jom la layan popian goreng nie..Sedap la pulak pakai inti pau ni ada rasa kari gitu..

Bahan-bahan:-)

Kulit Popia ready made

Minyak Untuk mengoreng

1Sudu Besar Tepung Gandum+3Sudu Besar Air untuk gam kulit popia





Bahan Inti 

2Biji Kentang-Potong Dadu

1Biji Bawang Besar-Potong Dadu

2Ulas Bawang Putih-Cincang

2Sudu Serbuk Kari daging atau ayam

1Cawan susu segar

Isi Ayam-Kisar-ikut banyak mana nak pakai

1Tangkai daun kari-hiris halus

1Tangkai daun sup-hiris halus

1/2Batang Carot-hiris halus

Garam n gula secukup rasa





Untuk Sambal:-)

1Cawan Cili Giling

Gula secukup rasa

Garam

1/2 Cawan Air

1/2 Cawan Air asam jawa



Bahan hiasan:-)

Bijan

Kacang Tanah-Goreng n tumbuk

Bawang Goreng





Cara-caranya:-)

Untuk Inti:-)

-Panaskan minyak dan tumis bawang besar,bawang putih sehingga wangi dan layu.Masukkan kentang,carrot  dan isi ayam kacau rata.Kemudian masukkan garam kacau lagi.Masukkan juga rempah kari serta daun kari..

-Bila kentang telah empuk masukkan susu segar dan daun sup kacau lagi.Bila cukup rasa dan masak tutup api dan tapiskan supaya air lebihan dari kita masak tadi turun.

-Letak inti popia ditengah-tengah kulit popia dan gulungkan sehingga hujung seperti membuat kuih gulung atau ketayap.

-Gamkan hujung popia dgn bancuhan tepung ubi tadi.

-Goreng dlm minyak yg banyak dan panas.





Untuk Sambal:-)

-Masukkan kesemua bahan-bahan diatas  dan masak sehingga kering dan masak.

-Masak tanpa minyak.

-Bila sudah masak sapu pada popia dan ditabur dgn bawang goreng,kacang dan bijan.




Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Archive

RECENT VISITORS

Jalan-jalan Sambil Minum..Nah Segelas Kopi