Followers


Khamis, 19 Mei 2011

Lunch kari ayam

 Salam tengahari sume..Dah berapa hari ni panas je kan..Kat luar tu nampak macam nak hujan.Tapi tak tau lakan..Karang tak hujan pulak..klu hujan sejek sikit..dah lama tak hujan kat sini..sidai baju sekejap je dah kering..Dah makan ke?Makan apa hari ni..hari nie malas sikit nak masak banyak lauk.Masak kari ayam nie je..En.Somi memang suka kari.Apa-apa jenis kari la.Janji yang namanya kari memang bertambah-tambah la kan dia makan..Tak hengat dunia..Kang ada lebih makan dgn roti pulak..hehehe..jom la tgk resepinya...kari ni lebih kurang kari nasi kandar la..Pekat,likat dan melekat kat tangan.hahaha..



Bahan-bahan:-)

1/2Ekor Ayam-Bersihkan dan potong kecil.

1Cawan santan pekat

6Ulas Bawang Merah*

2Ulas Bawang Putih*

1/2Inci Halia*

1Tangkai Daun kari

2Keping Asam Keping

5Sudu Rempah Kari Ayam-Bancuh dgn air

2Biji Kentang-Belah 2

2Batang Cili Hijau

1Sudu Jintan Putih

1Sudu Jintan Manis

1Sudu Ketumbar

Bunga lawang,buah pelaga dan kulit kayu manis

Garam n gula










Cara-caranya:-)

-Bersihkan ayam dan potong kecil atau mengikut selera anda.

-Tumbuk bahan yg bertanda * atau kisar.Tumis bahan tumbuk hingga garing.Masukkan daun kari,jintan putih,jintan manis,kayu manis,ketumbar,bunga lawang,buah pelaga hingga wangi.

-Selepas itu masukkan rempah kari kacau dan masukkan air dan kentan.Masukkan juga ayam masak hingga ayam dan kentang empuk.

-Bila kentang sudah empuk masukkan santan kacau lagi tambah garam dan jika perlu tambah gula..

-Bila sudah masak hidangkan lah dgn nasi..





                                            .................fiZa DaMia YummY..............................



Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Archive

RECENT VISITORS

Jalan-jalan Sambil Minum..Nah Segelas Kopi