Followers


Isnin, 16 Mei 2011

Popia Basah pula...



Saya buat Popia basah ni hari jumaat petang minggu lepas sebagai menu minum petang,ni kali kedua saya cuba buat alhamdulilah menjadi juga.mula2 buat hari tu tak jadi. first trial tu ade gak yang tak jadi, ade yang tebal lah yang tak sekata lah, muahahaha, tapi bila dah buat banyak kali tu baru leh agak nak jemput adunan tu, dan akhirnya menjadi juga, yehaaaa...suke nye tak terkata, bila makan pulak fuhh...rasa sebijik dah macam popia basah yang jual kt pasar malam shah alam tu...tak rugi lah mencuba, resepi asal dari kenalan en.somi.Tq la papa z kerana berkonsi ilmu..Org nie memang pakar membuat popia basah nie.Siap daang rumah tolong ajarkan..spoting betul papa zack ni..kenapa saya panggil papa zack ye.mesti ramai yang teranya-tanya.Si mia la yang pangil papa  dulu sampai saya terikut-ikut jugak..apa-apa pon tq papa zack.hehehe...
 Bahan Kulit

2 cawan tepung gandum
1 biji putih telor
3/4 cawan air
2 sudu makan cuka
secubit garam

Bahan Inti (boleh buat inti ikut suka atau cara tersendiri)

1/2 biji kobis - diricih halus
3 biji sederhana besar carrot - disagat halus
1 biji sederhana bawang besar
3 ulas bawang putih
1 sudu besar sos tiram
1 sudu makan udang kering
garam secukupnya
minyak untuk menumis

**Blend bawang besar+bawang putih+udang kering. Panaskan sedikit minyak dan masukkan bahan blend tadi. Kemudian masukkan sos tiram + garam. Kemudian masukkan sayuran dan masak hingga layu.

Bahan Sambal

15 tangkai cili kering
1 biji bawang besar
5 ulas bawang putih
1 sudu besar gula perang
2 sudu besar kicap manis
minyak untuk menumis
garam, perasa dan bawang goreng secukupnya

*** blend cili kering+bawang besar +bawang putih. Panaskan sedikit minyak dan tumis bahan blend hingga garing. Masukkan kicap dan gula perang + garam dan perasa.

Cara-cara

1. Campurkan kesemua bahan dalam mangkok adunan.
2. Gaulkan (macam buat cokodok) kemudian tutup dan biarkan sebentar sekurang-kurangnya 1/2jam.
3. Ambil sejemput dan lenserkan ke atas kuali leper.
4. Buat dari arah jam.mulakan dari tepi dulu.kemudian sapukan bahagian tengah dengan sisa tepung yang masih ada di tangan.setelah rata - bulat >>> biarkan sampai tepung masak sebentar. Utk step nih sila lihat di my.resipi.
5. Angkat tepung yang telah masak dan letakkan dalam pinggan . Boleh disusun berlapis2 (tak lekat).
6. Ambil sekeping kulit popia dan sapukan dengan sedikit sambal.
7. Letak satu sudu besar inti dan taburan bawang goreng.lipat macam biasa dan gulung.
8. Sedia untuk dimakan :)
Tambahan : fiza ikut tips dari kak Hana Kanazawa, bila nak ratakan adunan untuk kulit tu fiza alihkan frypan dari api dan letakkan frypan di atas tuala yang di basahkan, kemudian ratakan adunan menggunakan jari, jadinya tak lah panas jari tu...terima kasih kak hana atas tips yang membantu ini.
                                     

                                          ..................fiZa DaMia YummY.................................

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Archive

RECENT VISITORS

Jalan-jalan Sambil Minum..Nah Segelas Kopi