Followers

Isnin, 16 Mei 2011

Tepung Bungkus

 Salam petang sume..Minum petang kami sekeluarga.Kuih lama ni.Kuih tradisional kita jangan di lupakan..Rugi kalau tak tahu nak buat.Sekarang nie susah nak dapat.Kebanyakkan yang jual kat luar tu banyak kuin-kuih modenkan..Kalau kita yag tak teruskan kuih-kuih tradisional kita ni esok-esok anak-anak kita tak tahu apa tu kuih tepeung bungkus,lepat liatlepat pisang dan macam-macam lagi..Kuih tepung bungkus ni memang kesukaan kami sekeluarga terutama sekali mak dgn abah saya memang suka sangat..Bagi org yg tak de gigi lagi senang nak makan..hehehe

Bahan-bahan:-)
1Cawan Tepung Beras
2Cawan Santan
Secubit Garam
Daun Pisang-Dilayang atas api kecil


Untuk Inti:-)
1/2Biji Kelapa-Putih
2-3Keping Gula Melaka 
4Sudu Tepung Pulut
Sedikit Air
Sehelai Daun Pandan




Cara-caranya:-)
Untuk Inti
-Masukkan bahan-bahan untuk inti kelapa kecuali tepung pulut.Masak sehingga inti kering.Bila inti kering tutup api dan sejukkan.
-Bila inti kelapa sejuk bulat-bulatkan inti kelapa dan golekkan atas tepung pulut.




Untuk Tepung
-Bancuh tepung beras bersama santan dan letak sedikit garam.Kacau hingga sebati.Masukkan dalam kuali masak sehingga separuh masak.
-Ambil 2 sudu besar bancuhan tepung dan letak diatas daun pisang.Letakkan inti kelapa kemudian ambil lagi 2 sudu besar bancuhan tepung tadi untuk menutup inti kelapa.
-Bungkus adunan ini macam membungkus kuih lepat pisang.
-Ulang langkah yang sama sehingga habis.
-Kukus dalam periuk kukus selama 15-20minit.






                                            ..................fiZa DaMia YummY...................

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Archive

Recent Posts

Terdapat ralat dalam alat ini

RECENT VISITORS

Jalan-jalan Sambil Minum..Nah Segelas Kopi