Followers

Selasa, 17 Mei 2011

Kuih Ketayap @ Kuih Dadar

 Selamat pagi..dah sarapan ke pagi ni..sarapan ape...ermmm..mesti ramai yg cutikan hari nie..Tapi saya tetap dgn mia yg sedang tido lagi tu.En.somi keje hari nie.Pada yg sambut wesakday selamat menyambutnya.Pada yang cuti selama bercuti dan pada yang bekerje selamat bekerja juga kepada suami saya jalankan tanggungjawab anda sebagai pekerja yg cemerlang...Sebenarnya en.somi memang suka kuih nie.Kebetulan ada lebihan inti buat tepung bungkus semalam so saya buat la sarapan pagi ni untunnya.Siap bawak lagi g keje tadi..hehehe..Pas tu kirim pula pada mak mentua yg ada kat seberang jalan tu...Jom la tgk bahan-bahannya..tak moh membebel banyak-banyak...
 Bahan-bahan:-)
Untuk Kulit
1Cawan Tepung Gandum
2Biji Telur 
2Helai Daun Pandan
1 1/2 Cawan Santan @Susu segar
1Sudu Teh Garam
Sedikit Pewarna Hijau
1Sudu Majerin-Cairkan
Sedikit minyak untuk melenser pd kuali


Cara-caranya:-)
-Satukan semua bahan kulit kedalam pengisar dan kisar sampai halus dan tapis.
-Panaskan kuali dan lenserkan sedikit minyak dan sendukkan 1/2senduk adunan ke dalam kuali dan layangkan kuali agar adunan menjadi bulat dan tidak terlalu tebal.
-Masak adunan selama 2-3minit.Bila telah masak angkat adunan dan terus letak inti dan terus mengulung tepung tadi.

Bahan-bahan:-)
Untuk inti
1/2Biji Kelapa parut-Putih
1-2Keping Gula Melaka
Sehelai daun pandan
Sedikit Air

Cara-caranya:-)
-Masukkan semua bahan untuk inti kedalam periuk dan masak sehingga air kering.Bila telah kering masukkan dalam mangkuk dan sejukkan.Sedia untuk letakkan kedalam kulit nanti...



                        ..............................fiZa DaMia YummY.................................

2 ulasan:

izahdaut berkata...

lama dah tak buat kuih ketayap.. sedap nampak tuu

fiza damia berkata...

petang ni merajinkan diri la buat..hehehe..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Archive

Recent Posts

Terdapat ralat dalam alat ini

RECENT VISITORS

Jalan-jalan Sambil Minum..Nah Segelas Kopi