Followers


Isnin, 16 Mei 2011

Mee Hoon Sup

  Assalammualaikum sume kawan-kawan..Sebenarnya ni makan malam kami sekeluarga malam tadi..Hehhehe semalam memang malas nak masak..En.somi keje.Jadi tak dak lauk makan tengahari..Kita terus makan malam...Jadi saya buat mee hoon je la...




Bahan-bahan:-)
1Bungkus mee hoon-rendam dan celur dlm air panas
100Gram Taugeh-Celur
Daun Bawang
Daun Sup
Bawang Goreng
Fish Cake
Fish Ball

Cara-caranya:-)
-Rendam mee hoon hinga lembut kemudian celur mee hoon dlm air panas.Setelah lembut angkat dan toskan mee hoon.

Untuk Sup Ayam:-)
1Ekor Ayam-Potong 8 dan bersihkan
4Ulas Bawang Putih
5-6Ulas Bawang Merah
1-2Inci Halia
1Sudu Teh Lada Putih
1Sudu Jintan Manis
1Sudu Jintan Putih
3Kuntum Bunga lawang
1kulit Kayu Manis
2Biji Buah Pelaga
1Sudu Besar Rempah Sup
1Sudu Besar Rempah Kurma
Garam
1Kuib Ayam


Cara-caranya:-)
-Rebus ayam dulu.Bila ayam sudah empuk keluarkan ayam dan siat-siatkan isi ayam dan asingkan.
-Tumbuk bawang merah,bawang putih,halia,jintan manis dan jintan putih hingga lumat.Kemudian panaskan periuk tumis bahan tumbuk tadi hingga garing dan naik bau..masukkan buah pelaga,kulit kayu manis dan bunga lawang.
-Masukkan rempah sup dan rempah kurma serta air rebusan ayam tadi.Masukkan semula tulang ayam  tadi dan juga kiub ayam.
-Masukkan Fish Cake danFish Ball.
-Tambah garam jika perlu.masak sehingga mendidih.


Untuk Sambal Kicap:-)
10-20 Biji Cili Padi
1Ulas Bawang Putih
2Sudu Besar Gula
1Sudu teh Garam
4Sudu Besar Kicap Manis

Cara-caranya:-)
-Tumbuk lumat cili padi,bawang putih,garam dan gula.
-Bila cili padi telah lumat masukkan dlm mangkuk dan letak kicap manis dan kacau sehingga gula hingga sebati.
-Hidangkan bersama-sama meehoon,kuah sup dan bahan-bahan lain..
Suka tgk mia makan...siap tambah 3x..
tgk tu sampai angkat man



















                   .....................................fiZa DaMia YummY..................................

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Archive

RECENT VISITORS

Jalan-jalan Sambil Minum..Nah Segelas Kopi