Followers


Jumaat, 20 Mei 2011

Kuih Bom

 Assalammualaikum sume..Minum ape petang ni.Ini kes nak habiskan inti kelapa yg buat kuih ketayap hari tu.Tak habis-habis lagi..nanti lama-lama nukan blh makan.Akhirnya buang ke dalam tong sampah jekan.Tak baikkan buang rezeki.Orang susah tu klu dapat ape2 makan mesti sampai habis dorang makan..kita yg senang dapat makan senang2 je buang.Tu la selalu en.somi saya pesan jangan buang2 makanan.tak baik buang rezeki..eh saya ni melalut je kan.Jadi ustaah pulak petan-petang nie..hehe.tq pada noreen kongsi resepi ni.

 Bahan-bahan:-)
50 gram Bijan
Minyak Masak-Untuk mengoreng


Bahan-bahan Doh:-)
200Gram Tepung Pulut
1Sudu Tepung Gandum-Saya x Guna
1Sudu Teh Air Kapur
200ml Air
Secubit Garam


Bahan untuk Inti Kelapa:-)
60Gram Gula Melaka/Gula Merah
50Ml Air
1/2Biji Kelapa Parut-Putih
Cara-caranya:-)
Untuk Inti:-)
-Masak gula melaka dan air hingga larut.
-Kemudian tapiskan air gula itu untuk membuang benda asing.
-Masukkan dalam kuali dan masukkan juga kelapa dan masak hingga kelapa agak kering dan sebati dengan gula.
-Sejukkan inti.




Untuk Doh:-)
-Dalam mangkuk besar,gaul tepung pulut dan garam.
-Masukkan air kapur dab sedikit demi sedikit air dan uli sehingga menjadi doh.
-Ambil doh dan bentuk bulat dan leperkan tengahnya kemudian isikan inti kelapa dan tutup balik doh itu.Bentukkan bulat.
-Kemudian golek-golekkan atas bijan sehingga menutupi tepung itu.
-Panaskan minyak yang penuh.Minyak jangan terlalu panas sangat.
-Goreng sehingga kekuningan dan masak.
note:-)
-untuk kuih bom ini tak meletup dan tak merekah.Pastikan minyak banyak untuk mengoreng.
-Minyak jangan terlalu panas.
-Jangan goreng terlalu lama.
-Terus goreng selepas dibuat kuih ini.Jangan biarkan dalam suhu bilik..








                                   ......................fiZa DaMia YummY.........................

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Archive

RECENT VISITORS

Jalan-jalan Sambil Minum..Nah Segelas Kopi