Followers


Jumaat, 20 Mei 2011

Kepak Ayam Bakar Rempah vs Sambal Ikan Bilis

 Salam jumaat sume...mcm biasa lakan hari nie..makan apa korang sume..Hari nie mood masak baru rasa ok sikit.Jadi saya masak ayam bakar rempah nie..makan dgn nasik putih panas-panas memang sedap.Mia makan macm tu saja.Sambil tu kita selit sekali sambal ikan bilis tu untuk en.somi.Kalau ayam tu saja memang tak sukup la kan.Tambah sekali ikan bilis sambal tu..Jom tengok bahan-bahan..nak jugak ke resepi sambal ikan bilis nie...tak pe la saya rajin sikit hari nie..saya tulis sekali la resepinya..hehe

 Bahan-bahan:-)
1Kilo Kepak Ayam
1Biji Bawang Besar*
3Ulas Bawang Putih*
1Inci Halia*
1Sudu Teh Jintan Manis*
1Sudu Teh Jintan Putih*
1Sudu Teh Ketumbar*
1Sudu Teh serbuk Kuyit*
2Sudu Teh Gula
1Sudu Teh Madu
1Sudu Sos tiram
1Sudu Teh Lada Hitam
Sedikit Garam


Cara-caranya:-)
-Bersihkan ayam dan toskan ayam kemudian cucuk-cucukkan sedikit ayam supaya bahan rempah menyerap pada ayam.
-Blender bahan yang bertanda (*)halus.
-Campur semua bahan dengan bahan blander kedalam satu mangkuk.masukkan sekali ayam dan gaul sehingga sebati.Perap ayam selama 30minit.
-Bakar ayam dalam oven selama lebih kurang 45minit atau hingga masak..
 Sambal Ikan Bilis 
Bahan-bahan:-)
2Mangkuk Ikan bilis Halus-Goreng
1Biji Bawang Besar-Tumbuk
2Ulas Bawang Putih-Tumbuk
Sedikit Belacan-Tumbuk
1Mangkuk Cili Blender
2Keping Asam keping
Gula


Cara-caranya:-)
-Tumis bahan tumbuk hingga garing kemudian masukkan cili blander dan tumis lagi hingga garing.
-Kemudian masukkan asam keping dan juga sedikit air.Masukkan gula dan biar sampai kering.
-Setelah sambal kering masukkan ikan bilis dan kacau sehingga sebati.Boleh di hidang dgn nasik panas...






                              .....................fiZa DaMia YummY............................

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Archive

RECENT VISITORS

Jalan-jalan Sambil Minum..Nah Segelas Kopi