Followers

Selasa, 24 April 2012

Cup Cake Moist n Cup Cake Butter



Dah lama juga saya tak bake cupcake , so baru-baru ni saya buat la cupcake yang simple je ni , untuk resepi keknya saya guna resepi kek dari blog "Maklang Corner" .Cup cake ni saya buat dua jenis satu moist cup cake dan lagi satu cup cake butter.Untuk icingnya dari noraini.


MOIST CHOC. CAKE

Resepi asal :Maklang Corner


BAHAN A : diayak


2 cwn tepung gandum

1 cwn serbuk koko
1sudu kecil baking powder
1sudu kecil soda bicarbonate

BAHAN B :


4 biji telur
2 cwn gula halus
1 cwn susu pekat
1 cwn minyak
1½ cwn air panas mendidih

CARA MEMBANCUH ADUNAN :

Pukul gula + telur = kembang (high speed) saya pukul dalam 10 minit . Kemudian masukkan susu pekat , pukul sekejap dan masukkan minyak dan pukul menggunakan aras low speed .

Masukkan bahan A iaitu tepung - sedikit demi sedikit dan kacau perlahan-plahan sehingga betul-betul sebati .Kemudian masukkan air panas dlm adunan tadi (part ni tak perlu pukul just ratakan ngan senduk kayu).

Akhir sekali saya masukkan bancuhan kek ini dalam cup kertas ( masukkan 3/4 saja bancuhan kek ini ke dalam cup kertas jangan sampai penuh)dan bakar selama 15 minit dalam suhu 180 darjah celcius atau sehingga kek masak . Cara lain untuk nak check sama ada kek dah masak ialah dengan mencucuk bahagian tengah kek dengan lidi , jika lidi yang ditarik keluar itu bersih bermakna kek dah masak .


Cup Cake Butter

Resepi asal :My Resipi mikelnaru

Bahan-bahan ( 12 cupcakes saiz sederhana )

  • 100 g Butter
  • 100 g Tepung Naik Sendiri
  • 80 g Gula Caster
  • 2 biji telur saiz sederhana ('B')
  • 1/2 sudu teh vanila

Cara-cara

  1. Pukul butter & gula caster hingga gebu.
  2. Masukkan telur satut persatu & pukul.
  3. Masukkan tepung sedikit-sedikit & pukul lagi hingga kembang.
  4. Akhir sekali masukkan perisa vanila.
  5. Sediakan cup kertas dalam loyang & isikan 1/2 atau 3/4 penuh cup kertas.
  6. Bakar pada suhu 170 C (atau 180 C) bergantung pada jenis oven masing-masing, lebih kurang 12-15 minit.
  7. TIPS: Pada pertengahan masa membakar, loyang boleh dipusing / ditukar kesudukannya supaya bahagian atas cupcakes rata masaknya & tidak kelihatan hangus.
  8. Keluarkan dari oven cupcakes yg sudah masak. Apabila sudah sejuk bolehlah dihias dengan butter krim ATAU coklat cair ATAU dimakan begitu saja! Selamat mencuba : )

Aising Cup Cake
Resipi Asal:Noraini

Aising Krim Mentega 
Bahan-bahan :
250 gm mentega Buttercup
250 gm majerin krimwell
250 gm gula aising
2 sudu besar air susu

Cara Membuatnya :
1. Satukan mentega dan krimwell dan pukul kelajuan maksima sehingga kembang dan ringan.
2. Ayak gula aising dan masukkan ke dalam adunan diatas bersama air susu.
3. Pukul lagi hingga gebu dan ringan.

Tip : Mentega hendaklah dikeluarkan dari peti sejuk 30 minit sebelum digunakan.Mentega dan krimwell hendaklah dipukul hingga light and fluffy (gebu dan ringan) baru masukkan gula.Jika ia tidak cukup gebu,aising akan mudah cair dan lembik.

Hias la mengikut kreativiti masing-masing.

2 ulasan:

adda syuhada berkata...

berwarna-warna cupcakes tu..comelll

fiza damia dahlia berkata...

hehehe...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Archive

Recent Posts

Terdapat ralat dalam alat ini

RECENT VISITORS

Jalan-jalan Sambil Minum..Nah Segelas Kopi