Followers

Selasa, 24 April 2012

Buah Melaka


Salam satu malaysia....Resipi tertangguh lagi okey...Baru je nak menghapdep kejap baby dah melalak...hadei la anak ku yg no dua ni.Sabau je la aku...Sejak balik rumah ni dahlia asyik nak duduk kat rebaan mama je.Macam mana nak buat keje rumah.Basuh baju pon time malam je sekarang.Nasib baik la cik husband memahami dan ringan tulang tolong buatkan keje rumah.Bila malam dia juga pakakan baruk kat kita ni...jom la kita layan resepi kuih ni yek.resepi sendiri...




Bahan-bahan:
400gm/1 bungkus tepung pulut
Air daun pandan (Jus pandan)
2 ketul atau secukupnya gula melaka/kabung ~ dipotong kecil-kecil utk intinya
Kelapa parut secukupnya ~ digaul dgn sedikit garam halus
Air secukupnya utk merebus

Cara penyediaan:

1. Bancuh tepung pulut dengan air pandan sedikit demi sedikit hingga adunan boleh digentel.
2. Ambil sebesar ibu jari dan leperkan.
3. Masukkan gula melaka di tengahnya dan tutup semula. Buatkan bulat.
4. Panaskan air hingga mendidih.
5. Masukkan bebola pulut tadi.
6. Bila kuih timbul bolehlah diangkat dan toskan dalam tapisan.
7. Gaul dengan kelapa parut.

4 ulasan:

MYBABYKIDZWEAR berkata...

wow ni kuih peberet ni, jd lapor lak hehe

adda syuhada berkata...

nengok buah melaka nih terigat lagi brapa hari jer lagi nk posa...

fiza damia dahlia berkata...

My baby:cpt p buat.sedap ni buat minum petang

fiza damia dahlia berkata...

adda:bulan posa pon wajib kuih ni sebab senang nak buat.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Archive

Recent Posts

Terdapat ralat dalam alat ini

RECENT VISITORS

Jalan-jalan Sambil Minum..Nah Segelas Kopi