Followers


Khamis, 29 September 2011

~Cup Cake Vanilla atas permintaan Si comel ku Mia~

Assalammualaikum...lama tak bersiarankan.. Bersemangat betul hari ni nak buat cup cake! .itu pun atas permintaan anak kecil ku si mia..gara-gara pergi ke kedai kek dia ternampak kek gambar hello kitty disuruhnya saya beli..tapi tak beli pon.saya cakap biar mama buatkan..

Actually  bukannya susah pun buat cupcake ni…. saya buat perasa vanilla je kerana ia simple…. Tapi kalau boleh gunakan butter yang berkualiti kerana rasanya akan lebih sedap dan wangi!! Saya guna brand Buttercup….. Walaupun mahal sikit tapi meletup dan sedap!!

Resepi asal:-)Dari majalah wanita

Bahan-bahan:-)

 1 cawn butter

1 – 1 1/3 cawan gula
6 biji telur
3 cawan tepung
1 sd baking powder
1 susu kecil garam
1 cawan susu segar
1 sudu teh  essen vanilla
Cara penyediaannya
Panaskan oven 170 c dan sediakan paper cup.
Pukul gula dgn butter hingga kembang
Masukkan telur satu per satu.
Masukkan tepung yang di ayak dengan serbuk penaik dan garam.
Masukkan adunan ke dalan cup cake dan bakar  selama 18 – 20 minit.
Utk frosting
1 ½ cawan butter
¾ cawan susu segar/cair
½ sudu kecil garam
1 sudu vanilla
3 lb. gula icing ( 2.2 lb = 1 kg)

Caranya
Pukul semua bahan bermula dari kelajuan perlahan.
*Jika cuaca panas, tambahkan sedikit lagi icing sugar.
Hiaskan icing sugar mengikut kreativiti anda.

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Archive

RECENT VISITORS

Jalan-jalan Sambil Minum..Nah Segelas Kopi