Followers

Ahad, 5 Jun 2011

Seri Muka

 Salam petang..Minum untuk petang ni..Dalam kepala tengah berat ni sempat lagi buat seri muka nie ha..Buat bukan main awal lagi.Dari tengah hari tadi.Bukan apa nak kena bagi kuih nie betul2 sejuk baru boleh potongkan..Tu yang awal bukan main lagi buatnya..Tapi tak cantikla potongannya..Senget benget mcm tuannya..hahaha..Tak pe la janji masuk perut kenyang..Ayat coer memang tak puas hati sebenarnya..Resepi asal dari a.k.a mat gebu..
 Resepi asal:-)
Mat Gebu




Bahan-bahan:-)
Bahagian Bawah:-)
300Gram Beras Pulut
200ml Santan Cain
1Helai Daun Pandan
Secubit Garam-Resepi asal tak ada


Bahan-bahan atas:-)
300Ml Santan Pekat
3Biji Telur
4Helai Daun Pandan
180Gram Gula Pasir
4Sudu Teh Tepung Jagung
2Sudu Besar +1Sudu Teh Tepung Gandum
Pewarna Hijau




Cara-caranya:-)
-Cuci pulut,kemudian rendam semalaman atau sekurang-kurangnya 3jam.
-Sementara itu alas loyang dengan plastik bersih.Sapu sedikit minyak pada plastik.Toskan pulut dan masukkan daun pandan kedalam loyang.
-Kukus selama 25-30minit.Keluarkan daun pandan gembur pulut dgn garu dan tekan pulut tadi hingga padat.
-Gunakan daun pisang untuk menekan permukaan pulut tadi.tekan hingga benar-benar padat.Sambung kukus lagi selama 10minit.
-Sementara itu masak lapisan atas .Kisar daun pandan dengan santan.Kemudian tapis untuk mendapatkan jusnya.
-Kemudian bancun dengan semua bahan-bahan untuk lapisan atas.Kacau perlahan dengan menggunakan wishk hingga gula benar-benar larut dan tapiskan kedalam periuk.
-Tenggekkan atas air yang mendidih hingga bancuhan pekat sedikit.
-Tuang atas pulut tadi.Tutup permukaan loyang dengan alminium foil dan kukus lagi selama 25minit.
-Biar kuih benar-benar sejuk baru dipotong..

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Archive

Recent Posts

Terdapat ralat dalam alat ini

RECENT VISITORS

Jalan-jalan Sambil Minum..Nah Segelas Kopi