Followers


Jumaat, 24 Jun 2011

Pizza

 Salam tengah hari..Ha ni kes nak makan pizza la semalam tak dapat.So harini balas dendam..Janji dapat makan pizza jugak.Tak kesah la tak dapt makan kat pizza hut.makan kat rumah pon puas hati.Puas hati la dapt buat pizza sendirik..Macam kat pizza hut la..Dengan lembut rotinya..Isinya tak payah cakap la kan.Memang saya letak bebanyak.Puas anak beranak makan..Resepi asal dari mat gebu..
 Resepi Asal:-)Mat Gebu
Rujukan:-)Cikmin


Bahan-bahan:-)
DOH PIZZA :-)
300 g tepung gandum
6 g instat yeast
20 g mentega
10 g gula halus
1 camca teh bread improver (optional)
1/4 camca teh garam
1 1/2 camca besar madu
170 ml air
Sedikit tepung untuk ditabur

 Bahan-bahan untuk pizza :-)
3 batang sosej ayam "ayamas", hiris serong
4 hirisan red capsicum
4 hirisan  yellow capsicum
4 hirisan  green capsicum
Sedikit Nenas
Sedikit Cili Sos
Sedikit Mayonis
175 g keju mozzarella, hiris nipis2

 CARA MEMBUATNYA :-)
  1. UNTUK DOH PIZZA :- Satukan semua bahan untuk doh dalam satu bekas, kecuali mentega dan tepung untuk ditabur, gaul rata hingga bersatu. Tambah mentega dan terus meggaul hingga menjadi doh yang kenyal, jika melekit, tambah sedikit tepung. Kemudian bulat2kan dan biar 45 minit hingga naik sekali ganda. KAEDAH LAIN :-Masukkan semua bahan untuk doh kecuali tepung untuk ditabur, ke dalam bread maker, pilih setting untuk doh dan tekan "ON", buat hingga siap.
  2. UNTUK PIZZA  :- Panaskan oven pada suhu 190C, sediakan 2 dulang pizza berukuran 9 inci, sapu dengan sedikit mentega. Ketepikan. Keluarkan doh, bahagikan doh tadi kepada 2 bahagian sama besar. Ambil satu, tabur sedikit tepung dan canai bulat. Alihkan ke dalam dulang pizza, tekan2 dengan hujung jari hingga memenuhi dulang tadi dan biarkan kelilingnya sedikit tebal. Ratakan sebahagian sos cili dan susun bahan untuk pizza atasnya (buat 2 bahagian) dan diakhiri dengan keju mozzarella . Bakar 20 - 25 minit hingga keju mencair dan roti kelihatan kuning keemasan. Keluarkan dari oven dan hidangkan segera bersama sos kegemaran. Buat kaedah sama juga untuk yang selebihnya.


Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Archive

RECENT VISITORS

Jalan-jalan Sambil Minum..Nah Segelas Kopi