Followers


Sabtu, 25 Jun 2011

Kek Brownies Lapis Cheese Kukus





 Berbaloi-Balaoi..WOOO.......


 Salam sabtu yang serah kawan-kawan ku..Hari nie kita layan menu kek yek.Mari kita mengemokkan badan.Weewooo...saya sangat sukakan kek in.Cantik sangat kejadiannya.Sangat moist,lembut dan terasa coklatnya bila sampai ke tekak..T pada raihana...Resepi ini sangat sedap..Mia makan pon banyak ok...Suka sangat2 dia makan.Sempat juga hantar kat mak sikit tadi.Opss lupa pulak hari ni hari lahir atok saya..Sory ye wan tak dapat nak buatkan kek untuk wan.Tak pe nanti wan nak datang sinikan.Akak buatkan kek spesial nanti tuk wan ye..Apa-apa pon selamat hari lahir.Semoga wan diberi kekuatan,kesihatan yang baik,diberikan reeki yang lagi murah serta bahagia bersama isteri,anak,cucu dan cicit kesayangan..Jom intai-intai sini..dan resepi kat bawah ye..
sebelun pakai baju.nampak tak cheese tu..

Resepi asal:-)sweet vanilla


 Bahan-bahan:-)
Lapisan Choc Brownies


200Gram Butter
200Gram Dark Chocolate
170Gram Tepung Gandum
30Gram Serbuk Koko
170Gram Gula Halus
1Sudu teh Balking Powder-Resepi asal tak pakai
4Biji Telur


Cara-caranya:-)

  • Panaskan periuk kukus.
  • Masak coklat dan butter secara double boil.Bila telah cair letakkan tepi.
  • Sementara itu pukul telur bersama gula dalam mixer lowl sampai kembang.Jangan terlalu lama.
  • Masukkan tepung yang telah di ayak bersama serbuk koko dan balking powder.Gaul mengunakan spatula atau senduk kayu.Gaul hingga sebati dan tidak berketul.
  • Kemudian masukkan coklat yang di cairkan debgan butter tadi.
  • Gaul lai hingga benar-benar sebati.
  • Gris loyang dengan planta dan lapiskan kertas minyak.
  • Tuang separuh adunan kedalam loyang dan kukus selama 15minit.Tutup dengan aliminium foil supaya air tidak menitis atas kek nanti.





 Untuk Cheese:-)
250Gram Cheese Cream
60GramGula Halus
25Ml Air
1Biji Telur


Cara-caranya:-)

  • Masukkan semua bahan-bahan untuk cheese kecuali telur.Pukul hingga semua bahan sebati dan kembang.
  • Kemudian bila adunan sebati dan kembang baru masukkan telur dan pukul sekejap sahaja supaya telur sebati dengan adunan cheese.
  • Tuang adunan keatas kek yang di kukus tadi.Kukus selama 20minit.
  • Selepas 20minit lapisan cheese masak, masukkan baki adunan kek tadi.Kukus selama 20minit lagi.
  • Tutup semula dengan aliminium foil semula untuk mengelakkan air menitis atas kek.
  • Selepas masak sejukkan kek.

 Untuk Topping Kek
300Gram Coklat masak
120ML Whipping Creeam
1Sudu Butter




Cara-caranya:-)

  • Cairkan semua bahan secara dauble boil.
  • Kacau hingga licin dan pekat.
  • Tuang atas kek yang disejukkan tadi.
  • Biarkan coklat meleleh debgan sendirinya.
  • Biarkan coklat mengeras sedikit barulah hias dengan cara sendiri.Parut coklat masak diatas kek..
  • Selamat Mencuba..





 Lihat Gelagat Mia Makan..YummY 








                                     Permulaan 
Elok jek Mia makan..
                                       Pertengahan
Dah start wat ragamnya
                                       dan
























                              Akhirnya
Di gigit-gigitnya sudu tu..

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Archive

RECENT VISITORS

Jalan-jalan Sambil Minum..Nah Segelas Kopi