Followers


Khamis, 9 Jun 2011

Makan Malam..Singgang Ikan Selar Kuning

 Menu malam yang sangat-sangat-sangat simple..Penat siang tadi menyiapkan cup cake yang ditempah.Jadi malam ni masak paling simlpe je..Ye la nak masak yang beria-ia pon bukannya en.somi ada.Yang nak makan saya dgn mia je.Memang elok sangat la masak ni.Mia punya febret..hehehesiap bertambah-tambah...
 Bahan-Bahan:  
3 ekor ikan selar sedang
4 biji cili hijau (dibelah dua)
2 biji tomato (dibelah dua)
4 keping asam keping
2 batang serai (diketuk)
Sedikit garam dan kunyit
Air secukupnya

Bahan-bahan dihiris:
3 ulas bawang kecil
2 ulas bawang putih
2 sm halia

Cara:-)
 -Bersihkan ikan dan ketepikan sebentar. Bubuh air secukupnya di dalam periuk dan masukkan cili hijau, bawang kecil, bawang putih, halia, asam keping, serai, daun kunyit, garam dan kunyit. Biar menggelegak baru masukkan ikan. Bila ikan masak, masukkan tomato pula. Biar lima minit, rasakan garam dan angkat.

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Archive

RECENT VISITORS

Jalan-jalan Sambil Minum..Nah Segelas Kopi