Followers


Khamis, 19 Mei 2011

Sup Daging

 Assalammualaikum..salam sejahtera..semalam kita cuti masak..hehehebukan ape anak tak sihat lagi.kembung perutnya tak hilang.mood masak memang hilang terus tau.hari nie pon sebenarnay pon malas nak masak.tapi jap lagi perut lapar pulakkan.. .so hari ni saya buat sup daging nie..sedap jugak sesekali makan yg berkuah dan bersup nie.Resepi saya main agak je.Pakai apa yg ada dlm peti ais tu.main campak2 je...
Bahan-bahan:-)
1 kg Daging
1 serai-ketuk
1 sup bunjut
1-2 sudu besar susu pekat manis
garam, air n minyak

bahan tumbuk:-
7 bawang merah
3 bawang putih
3cm halia
1 sudu kecil lada hitam
1 akar daun sup

bahan tumis:-
1 inci kayu manis
2 bunga lawang
5 cengkih
2 buah pelaga

jadikan pes:-
3 sudu besar rempah sup
3 sudu besar rempah kurma
1 sudu kecil serbuk ketumbar
1 sudu kecil serbuk jintan manis
1 sudu kecil serbuk jintan putih

Cara-cara:-)

rebus daging hingga empuk.
panaskan minyak, tumis bahan tumis, masukkan bahan tumbuk , hingga wangi. masukkan pes rempah n kacau, biar naik minyak. masukkan serai n air sket. masukkan kedalam periuk berisi daging tadi n terus masak lagi. masukkan susu pekat. bila sudah masak, tabur daun sup n bawang goreng.




                              ...........................fiZa DaMia YummY...........................

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Archive

RECENT VISITORS

Jalan-jalan Sambil Minum..Nah Segelas Kopi