Followers


Jumaat, 27 Mei 2011

Apam Polkadot n Egg Tart Ke Terengganu

 Salam seme..hehehe..hari nie happy sebab jap g nak memulakan perjalanan yang jauh..Insyallah lepas sembahyang jumaat ni kami sekeluarga bertolak..Doakan kami sekeluarga selamat sampai ye..Ini dia buah tangan untuk org jauh nun disana.Sempat lagi bermarathon kat dapur tadi untuk menyiapkan apam polkadot dgn tart telur nie...jom la tgk resepi tart telur kat bawah nie.Untuk resepi apam polakdot cari la kat label apam ye..

Egg Tart kelakar rupanya





Resepi asal:-)Tertunai hasrat dihati




Bahan-bahan:-)
Bahan Pastry
125Gram Butter
40Gram Gula Aising
1Biji Telur
220Gram Tepung Gandum
1/2Sudu Teh Esen vanilla


Cara-caranya:-)
-Semua bahan diatas disatukan dalam mangkuk besar dan uli hingga menjadi doh.
-Bentukkan doh dalam acuan tart.Cucuk dgn garfu.
-Bakar setengah masak pada suhu 175c selama 8-10minit.


Untuk Kastard Telur:-)
1Cawan Susu Segar
1Cawan Gula Halus
4Biji Telur
1Cawan Air
1Sudu Tepung Kastard
1/2Sudu Teh Esen Vanilla


Cara-cara:-)
-Pukul telur dgn gula dan masukkan semua bahan yang lain dan kacau sebati.
-Masukkan semua adunan dalam kulit tart yang separuh masak tadi dan bakar lagi selama 8-10minit pada suhi 175c.
-Sejukkan sebelum dihidangkan.Pastikkan tart telur betul2 sejuk baru keluarkan dari acuan.


Egg Tart

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Archive

RECENT VISITORS

Jalan-jalan Sambil Minum..Nah Segelas Kopi