Followers

Isnin, 25 April 2011

Moh ke kelantan




Assalammualaikum...selamat tengah hari...dah makan ke?...klu belum makan mai layan gambaq kat atas nie...nasi kerabu...hehehe..saya memang suka sgt nasi kerabu ni sebabnya banyak sayurkan.tapi cik abg tak suka sebelum ni.Bila saya buat dia rasa sendiri terus suka..hahaha penangan isteri tercinta..Baru dia tau sedapnya nasi kerabu nie.....




Bahan-bahan:-)


Untuk nasi-
4Cawan beras
1sudu teh Garam
4 1/2 Cawan air
2-3 titik pewarna Biru-Saya guna warna kuning
2-3helai daun limau purut
1batang serai-ketuk


Untuk Sambal-
-5-10 biji cili kering-rebus
1/2biji bawang besar
2ulas bawang putih
1cm halia
1sudu teh serbuk kunyit
1/2cawan santan pekat
2batang serai
2keping asam gelugor
2sudu besar budu@3sudu sos ikan
garam
gula melaka


Untuk Sambal Ikan-
3Ekor ikan kembung
1Cawan kelapa parut
2ulas bawang putih
1/2biji bawang besar
4-5biji bawang merah
1batang serai
1cm halia


Untuk Kerabu-
Kubis-hiris
Timun-potong halus
Tauge
Kacang panjang-potong kecil
Daun kesum-hiris


Bahan-bahan sampingan:-)
Solok lada
Telur masin
Sambal belacan
Keropok ikan




Cara-caranya:-)
1.Masak nasi
-Cuci beras macam biasa.Kemudian masukkan sume bahan untuk nasi..


2.Sambal
-Mesin cili kering,kunyit,halia,bawang besar,bawang putih,dan serai hingga lumat.Panaskan minyak tumis semua bahan mesin hingga garing..Bila garing masukkan serai dan santan.Masukkan juga garam,gula melaka dan asam gelugur.Rasa la masin manisnya.Tutup api juka sudah ok..


3.Sambal ikan kelapa
-Bakar ikan hingga masak.
-Goreng kelapa tanpa minyak dgn api kecil hingga jadi perang.Bila sudah kelapa perang tumbuk kelapa itu.
-Asingkan isi ikan dgn tulang.Tumbuk isi ikan sampai halus.
-Tumbuk bawang dgn serai sehingga lumat.
-Campur sekali ikan dan bawang.Goreng tanpa minyak hingga garing..
-Goreng sekali dgn kelapa dan ikan tadi.
-Akhir sekali masukkan gula dan garam.Gaul sampai sebati.


4.kerabu
-Hiris semua sayur dan gaul sehingga tercampur semua..






                                ......................fiZa DaMia YummY........................

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Archive

Recent Posts

Terdapat ralat dalam alat ini

RECENT VISITORS

Jalan-jalan Sambil Minum..Nah Segelas Kopi