Followers


Rabu, 13 April 2011

Kuih Muih

Cucur udang




fiZa DaMia Yummy



Bahan-bahan:-)
3cawan tepung gandum
1/2 sudu besar instant yeast
1 1/3 cawan air
1 cawan tauge
4 pokok daun kuchai-kerat2
1pokok daun sup
1/2 sudu teh serbuk kunyit
1 sudu teh garam
20 ekor udang sederhana besar (saya guna udang kecil)


Bahan-bahan sos cili:-)
5biji cili merah
1/2 cawan gula pasir
1/2 cawan cuka masak
2 ulas bawang putih
1sudu teh garam




Cara-caranye:-)
-Bancuh tepung gandum,serbuk kunyit,instant  yeast,garam dan kacau rata.Tuang air sedikit demi sedikit sehingga mendapat bancuhan yg tidak terlalu pekat dan tidak terlalu cair.
-Masukkan tauge,kuchai dan daun bawang gaul rata dan perap selama 10@20 minit.


Untuk membuat cucur udang:-)
-Panaskan minyak untuk menggoreng.
-Ambil satu senduk letakkan udang kemudian letakkan dlm minyak panas.
-Goreng sehingga kekuningan dan boleh la diangkat.


Untuk sos cili:-)
-Kisar cili dan  bawang putih hingga halus.tuang dlm periuk.Masukkan gula dan garam.Masak atas api yg perlahan.
-Masukkan cuka dan masak lagi.tunggu sehingga pekat kemudian tutup api.


-Hidang bersama cucur udang semasa masih panas2..

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Archive

RECENT VISITORS

Jalan-jalan Sambil Minum..Nah Segelas Kopi