Followers


Rabu, 13 April 2011

Diet


Soto Ayam


Salam tengahari...Makan ape tengahari nie.Hari ni rasa nak makan yg simple2 je.Malas pulak nak makan nasi.Disebabkan ada lebihan nasi impit semalam.Saya terus je terfikir nak buat soto ayam..Bahan2 sume memang dah ada.Pada sesiapa yg nak berdietboleh la cuba resepi ni. Jom kita tengok resepinye...


fiZa DaMia Yummy

Bahan-bahan:-)
1Ekor Ayam-Rebus
1 Sup Bunjut
5Biji Bawang Merah-Ditumbuk
2ulas Bawang Putih-Ditumbuk
1Inci Halia-Ditumbuk
Nasi impit-Direbus@blh pakai mee,meehun
Suhun-Digoreng


Hiasan:-)
-Bawang Goreng
Daun Bawang
Daun Sup
Bergedil


Bahan-bahan Kicap:-)
20Batang Cili Padi
2Ulas Bawang Putih
1/2 Cawan Kicap Manis


Cara-caranye:-)
-Buka ikatan sup bunjut dan kisar @ tumbuk isinya.untuk memberi lebih rasa.kalau tak nak tak ape.Tapi rasanya sama mcm sup ayam biasa sahaja.
-Tumis bawang putih.bawang merah,halia sehingga kekuningan.Kemudian masukkan air rebusan ayam tadi.Kalau suka masukkan kentang dan tulang2 ayam.saya masukkan.lagi umppss.masukkan sekali sup bunjut yg dikisar tadi.
-Ayam yg direbus tadi dilumur dgn kunyit dan garam kemudian digoreng sebentar.
-Selepas ayam digoreng sejukkan sebentar ayam.Kemudian racik2kan ayam itu.
-Akhir sekali tuangkan kuah sup keatas nasi impit yg telah direbus dan potong.Hiasahlah dgn bergedil.suhun,ayam.Kemudian taburkan daun sup,daun bawang dan bawang goreng.Letak sekali cili kicap.


Untuk kisap:-)
-Kisar semua bahan2 kicap dan gaul rata.






Bahan-bahan untuk bergedil:-)


2biji kentang 
segemgam daging cincang -ramly
Daun sup
1biji bawang besar-Potong dadu
1sudu teh garam
1/2sudu lada sulah
1biji telur-di pukul
Sedikit bawang goreng


Cara-caranye:-)
-Potong kentang dan goreng sehingga garing.setelah garing tumbuk @ lenyet2kan kentang.
-Ambil daging cincang dan gaulkan bersama kentang.
-Campurkan bawang besar,daun sup,bawang goreng,lada sulah dan garam.
-Gaul semua hingga sebati.kemudian bulat2 kan mengikut kesukaan anda.
-Akhir sekali celup bergedil kedlm kentang dan goreng menggunakan minyak yg panas..

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Archive

RECENT VISITORS

Jalan-jalan Sambil Minum..Nah Segelas Kopi