Followers


Sabtu, 30 April 2011

Kek apple aiskrim vs Apam polkadot


kek apple aiskrim




Assalammualaikum..letihnya harini.Buat apam polkadot untuk tempahan org.Tiba-tiba ternampak apal dlm peti ais tu..Apa lagi dah penat kita penatkan lagikan..Terus je buat kek apal.Tapi saje je buat lain sikit letak ais krim kat dlm kek tu..Nyammy..sedap jugak.Harini kita buat tayangan amal sikit yek..Resepinya tak sempat nak tyep nie.Nak bersiap g kenduri plk nie.Kat bawah tu antara tempahan apam polkadot..silalah jamu mate yek....heheh.jangan marah yek....bye...


Resepi asal :Yani my resepi & Izah Daut


Bahan-bahan:-)
1Biji epal
100gram butter-suhu bilik
2biji telur
80gram gula
2sudu besar gula-untuk masak epal 
100ml fresh cream @whipping cream
150gram tepung gandun-saya pakai tepung kek
1sudu balking powder
secubit garam
1sudu teh esen vanilla-resepi asal tak pakai
1 1/2cawan Aiskrim-saya pakai aiskrim wall
1 cawan whipping cream-untuk topping


Cara-caranya:-)
-Bersihkan epal dan kupas kulit epal.Potong dadu  dan gaulkan bersama 2sudu gula.Kemudian masak epal hingga lembut.bila epal sudah lembut biarkan sejuk dulu.
-Dlm mangkuk lain pukul butter hingga kembang.Kemudian masukkan gula pukul sehingga putih dan sebati.Masukkan telur satu persatu sambil di pukul.
-Selepas itu masukkan fresh cream atau whiping cream kacau hingga sebati.Kemudian masukkan tepung yg telah diayak bersama balking powder.Kacau sebati.
-Akhir sekali masukkan esen vanilla dan epal bersama air epal yg dimasak tadi.kacau sebati.
-Bakar selama 30minit dgn suhu 180c.




Untuk buat topping:-)
-Pukul whipping cream hingga kembang.Bila diterbalikkan mangkuk tak tumpah.
-Bila kek sudah masak belah kek menjadi dua bahagian dan letakkan aiskrim ditengah-tengah kek.Sapu rata.Kemudian letak bahagian kek yg dipotong tadi diatas aiskrim.
-Ambil whipping cream yg dipukul tadi sapu lah dia atas kek hingga rata.Hiaslah kek mengikut kreatiiti anda... 







Tempahan apam polkadot



Apam polkadot inti blueberry n coklat chip.Getah tu pon nak inteprem jugak..

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Archive

RECENT VISITORS

Jalan-jalan Sambil Minum..Nah Segelas Kopi