Followers


Khamis, 28 Ogos 2014

Ikan bakar dan air asam


Lauk dah beberapa hari lepas.sebab x blh nak goreng2 kita bakar2,rebus2 je.budak kena demam campak x baik lagi.


Ikan bakar

Bahan-bahan:
2ekor ikan cencaru
2sudu besar cili kering yang diblander
2ulas bawang putih-tumbuk
3biji bawang merah-tumbuk
sedikit air asam jawa
sedikit garam/gula

cara-caranya:
Ikan dibersihkan dahulu kemudian ketepikan.
tumbuk semua bahan tumbuk sehingga lumat.kemudian campur cili kering yg telah diblander dgn bahan tumbuk.gaul sebati.perasakan dgn gula,garam dan sedikit air asam jawa.
setelah itu lumurkan keatas ikan dan gulung dgn daun pisang.
bakar atas dapur sehingga masak.



Air asam 


Bahan-bahan:

1Biji bawang besar-potong dadu
1biji  tomato potong dadu
5tangkai cli padi-hiris halus
1tangkai cili merah -hiris
1/2inci belacan bakar
1cawan air masak
segengam asam jawa
sedikit gula


cara-cara:

masukkan air dan asam jawa gaul sebati sehingga keluar air.asingkan biji asam jawa.amik air asam jawa tu sahaja.masukkan belacan gaul sehingga betul 2 sebati dan blh lah campur kesemua bahan diatas dan perasakan dgn garam.dan blh la mkn dgn nasi panas atau begitu sahaja.




selamat mencuba....

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Archive

RECENT VISITORS

Jalan-jalan Sambil Minum..Nah Segelas Kopi