Followers


Rabu, 29 Jun 2011

Parpu Telur

Salam n selamat menyambut Israk Mikraj kepada semua muslimin dan muslimat yang di kasihi. Tidak kira di mana sahaja anda melata di bumi Allah ini... Kenangilah kembali peristiwa junjungan kita Nabi Muhammad s.a.w. di angkat ke langit menemui Allah Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyanyang.k untuk tengah hari nie saya masak lauk nie je.Parpu telur.Hari ni,esok dan lusa saya sangat-sangat bz..Alhamdulilah tempahan semakin hari semakin banyak..Syukur kepadanya yang memberi rezeki kepada kami sekeluarga.Benarlah kata orang usaha tangga kejayaan...Ok lauk ni yang palinh simple untuk org macam saya yang sibuk hari ni..Nak resepi jom intai kat bawah ni..
Bahan-bahan:-) 
¼ cawan kacang dhal (rendam 2 ~ 3 jam) 
6 Biji Bawang Merah-Hiris

3Ulas Bawang Putih-Cincang
1/2Inci halia-Hiris
3 biji ubi kentang ~ kopek & belah 4 
4 biji telur 
1 cawan santan pekat 
garam 
serbuk kunyit 


Bahan-bahan:-) Tumis Darat 
Minyak masak 
½ biji bwg besar ~mayang nipis 
2 Tangkai daun kari 
 2 tangkai cili kering ~ kerat pendek 


Cara-caranya:-)

  •  Rebus kacang dhal hingga empuk. Masukkan kentang dan rebus hingga kentang empuk. 
  •  Masukkan bawang & halia yang dihiris serbuk kunyit, garam.
  •  Masukkan santan & sedikit air untuk kuah.. biar mendidih sambil dikacau2. Pecahkan telur sebiji-sebiji.. slowkan api.. jangan kacau sangat. Biar telur masak. Tutup api. 
  •  Dalam kuali lain.. panaskan minyak dan tumis semua bahan tumis darat hingga wangi. 
  •  Curahkan semua bahan2 tumis tadi ke dalam kuah dhal tadi lalu ditutup periuk. Sedia untuk dihidangkan.




Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Archive

RECENT VISITORS

Jalan-jalan Sambil Minum..Nah Segelas Kopi