Followers

Rabu, 25 Mei 2011

Ayam Masak Kicap Bersantan

 Salam tengahari sume kawan-kawan..Dah makan ke?Hari nie rasa nak makan ayam masak kicap.Mia pon asyik mintak nak makan nasi dgn kicap.Jadi mamanya pon buatlah ayam masak kicap.Tapi masak kicap nie lain sikit saya letak santan sikit.Sedap jugak.Hari tu saya buat ikan masak kicap guna santan.Hari nie saya try guna ayam pulak.Nanti nak try pakai daging pulak..Hhehehe..Jom la perut dah lapar nie..Pas ni nak p makan dgn mia..Jemput makan sume ye....
 Bahan-bahan:-)
1/2Ekor Ayam-Potong Kecil
1Biji Bawang Besar-Potong Bulat
2Ulas Bawang Putih-Ketuk
1Biji Kentang-Potong Nipis dan goreng
1/2Inci Halia-Hiris Kasar
1Sudu Teh Lada Hitam
1/2Biji Cili Bengala Hijau-Potong Dadu
1/2Biji Cili Bengala Merah-Potong Dadu
1/2Cawan Kicap Manis
2Sudu Besar Santan Pekat
Bunga Lawang n Kulit Kayu Manis
Garam n Gula
 Cara-caranya:-)
-Bersihkan ayam dan lumurkan garam n serbuk kunyit.Goreng ayam separuh masak.Ketepikan.
-Potong kentang nipis sacara bulat dan goreng hingga garing.
-Tumis bawang putih n halia hingga naik bau.Jangan lupa masukkan kulit kayu manis dan bunga lawang.Kemudian masukkan kicap dan juga sedikit air.Kacau sebati.
-Masukkan ayam dan juga kentang yang di goreng tadi.Masukkan juga lada hitam,cili bengala hijau dan merah.Masak lagi.
-Setelah semua sebati masukkan pula santan.Jika perlu masukkan garam n gula.
-Siap di hidang..






                            ......................fiZa DaMia YummY.....................

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Archive

Recent Posts

Terdapat ralat dalam alat ini

RECENT VISITORS

Jalan-jalan Sambil Minum..Nah Segelas Kopi