Followers

Selasa, 24 Mei 2011

Asam Pedas Keladi

 Assalammualaikum..Salam petang..Hhehehe..hari nie en.Mood ta ada.Tunggu punya tunggu..Tak jugak bangun-bangun mengadap laptop.Sambil baring2 dgn mia terus telelap.Malasnya hari nie..Letih pagi tadi tak habis lagi.Perut mia meragam lagi...Tak tido kita dibuatnya...jom la tgk bahan-bahan kat bawah nie..hari nie memang malas tahap dewa la....Dalam malas2 tu sempat juga la saya buat bubur untuk mia..Jap g saya masukkan ye..Resepi asal asam pedas ni dari mak mentua ku...tq mak..

ASAM PEDAS KELADI :-)

4 pokok keladi. Disiat kulitnya dan dipotong-potong( yang dah disiang pun ada kat pasar malam )
Air secukupnya
garam
asam keping
4 biji belimbing buluh(yg ini klu nak tambahan)

Bahan kisar
5 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
10 biji cili kering
1 1/2 inci lengkuas
kunyit serbuk atau 1 1/2 inci kunyit hidup
segenggam ikan bilis( boleh juga ditukarkan kepada udang kering/ udang basah(lagi sedap- saye kehabisan stok udang basah/ udang basah tak perlu kisar atau boleh juga digantikan dengan ikan kering- ikan kering tak perlu dikisar)

Cara membuatnya :-)

1. Masukkan semua bahan kisar + air +asam keping ke dalam periuk dan masak sehingga kuah mendidih
2. Masukkan batang keladi bersama isinya(kalau ada isi)+belimbing buluh ke dalam periuk. Kacau2. Masukkan garam. Bila keladi dah masak angkat dan hidangkan bersama nasi panas, ikan kering dan sambal belacan. Peergghhh memang kaw kaww. 


                   ...........................fiZa DaMia YummY......................

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Archive

Recent Posts

Terdapat ralat dalam alat ini

RECENT VISITORS

Jalan-jalan Sambil Minum..Nah Segelas Kopi