Followers

Jumaat, 8 April 2011

Lauk Pauk

Harini Memang simpel je masak.Ikut aje otak nie fikir ape nak masak.maka jadi lah tiga jenis lauk nie.ayam masak merah tu untuk en.suami.Ikan selar dgn taucu tu untuk si kecil.Sayur kailan ikan masin tu untuk mamanye le.hehehe...



Ayam Masak Merah

Bahan-bahan untuk AYAM MASAK MERAH nie simple je.so jom kita tgk.
Ayam-Ikut suka
2sudu Cili mesin
1inci halia-Hiris nipis
1biji bawang Besar-Potong bulat
2ulas bawang Putih-Ketuk
2sudu cili sos
2 sudu tomato sos
Minyak

Cara-cara:
-Lumur ayam dgn kunyit dan garam.Goreng mcm biasa.
-Tumis bawang putih,halia sehing garing.Masukkan cili mesen tumis lagi sampai minyak pecah.
-Masukkan cili sos,tomato sos dan sedikit air.
-Letak garam rasa la dulu klu kurang masin.
-Akhir sekali letak bawang besar yg dipotong bulat.




Ikan Selar dgn Taucu

Bahan-bahan

Ikan selar-ikut suka nak pakai berapa ekor
Kunyit,garam
Taucu
1Biji Bawang besar- potong bulat
2 Ulas bawang putih-ketuk
1inci halia-hiris nipis
Air asam jawa


Cara-cara:
-goreng ikan mcm biasa
-Tumis bawang putih,halia
-Masukkan air asam jawa dan sedikit air.Lepas tu masukkan taucu.
-akhir sekali masukkan ikan..






Kailan Ikan Masin

Bahan-bahan
Sayur kailan
1biji Bawang Besar-potong bulat
1 ulas bawang putih-cincang halus
Ikan masin tenggiri-potong kecil2
Cili padi

Cara-cara
-Tumis bawang putih,cili padi,dan ikan masin
-Letak air sikit,masukkan sayur kailan dah akhir sekali masukkan bawang besar..

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Archive

Recent Posts

Terdapat ralat dalam alat ini

RECENT VISITORS

Jalan-jalan Sambil Minum..Nah Segelas Kopi