Followers


Khamis, 31 Mac 2011

Minum petang



Hai..Baru nak mengupdate blog hari nie..Semalam en.suami mintak buatkan jemput-jemput.Puas dok fikir nak buat jemput-jemput apa agaknya.Akhir sekali dpt la satu resepi jemput-jemput roti.Boring juakkan asyik mkn jemput-jemput ikan bilis je.Jom tgk bahan-bahannye..saya dah buat sedap tau..

Jemput-jemput Roti


Bahan-bahan:
5 Kpg Roti sandwich
Udang segar @ udang kering
1 Sudu serbuk kari
1 Biji bawang besar
1 Biji telur ayam
Garam
Tepung gamdum


Cara-caranya:
-Potong udang segar.klu menggunakan udang kering rendam terlebih dahulu.kemudian tumbuk kasar.
-Bawang besar di potong dadu.
-Rendam roti dlm air kemudian keluarkan dr air dan hancurkan kasar-kasar
-Satukan roti,tepung,serbuk kari,bawang,garam,udang dan telur.
-gaul sebati dan goreng sehingga nampak kekuningan..
-cicah dgn sos cili thai..

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Archive

RECENT VISITORS

Jalan-jalan Sambil Minum..Nah Segelas Kopi