Followers


Jumaat, 8 Julai 2011

Mee Udang Sempoi

 Salam petang jumaat yang indah...Hari nie hujan je kan?Ok gak tu dah lama rasanya tak hujan..Korang-korang sume makan apa tengahari tadi..Ni ada satu menu resepi sempoi yang paling senang nak buat...Senang sangat-sangat nak buat.Saya dah buat resepi mee udang ni kat sini..Untuk laki nie saya try buat lagi tapi saya ubah dari resepi yang asal.Keputtusannya memang sedap sampai menjilat pingang..Hahha..Jom amik resepi kat bawah nie..pada yang nak try jom...
 Bahan-bahan:-)
  • 300 gm mee kuning (celur dalam air didih dan toskan)
  • 150 gm udang sederhana besar
  • 5 tangkai daun sup - kerat2 sikit
  • 1 inci halia - hiris nipis
  • 2 ulas bawang merah - hiris nipis
  • 2 ulas bawang putih - cincang
  • 4 sudu besar sos tomato
  • 1 sudu besar tepung jagung - dibancuh dgn 1/3 cawan air
  • 1/2 sudu teh serbuk jintan manis*
  • 1/2 sudu teh serbuk jintan putih* (* dibancuh dengan sedikit air)
  • 1 sudu teh serbuk cili
  • garam dan gula secukup rasa
  • minyak untuk menumis

    Bahan-bahan sampingan:-)
  • 3 biji limau kasturi - belah
  • 2 biji cili hijau - hiris serong
  • 2 biji cili merah - hiris serong
  • Tahu-Digoreng dan dipotong
  • Tauge-Dicelur
  • Sawi-Dicelur
  • Bawang Goreng
  • 3 biji telor rebus - kupas dan belah 2


 Cara Memasak:-)
  • Gaulkan udang yang telah dibersihkan dengan serbuk cili dan garam..biar sebentar dan rebus dengan 1 1/2 cawan air. Jangan lama sangat. Tutup api dan ketepikan.
  • Panaskan sedikit minyak, tumis bawang merah dan bawang putih hingga naik bau.
  • Masukkan bancuhan jintan dan kacau sebentar. Masukkan halia dan kacau hingga naik bau halia.
  • Masukkan sos tomato dan kacau hingga pecah minyak.
  • Masukkan udang bersama air rebusan tadi, kacau dan biarkan mendidih (boleh tambah sedikit air lagi jika mahu kuah lebih)
  • Kemudian masukkan  air tepung jagung. Kacau dan masukkan garam dan gula secukup rasa.
  • Akhir sekali masukkan daun sup, kacau sebentar dan tutup api.
  • Sediakan sedikit mee yang dicelur tadi ke dalam pinggan dan tuangkan kuah mee ke atasnya. Hidangkan bersama telor, belahan limau kasturi cili hijau dan bahan-bahan lain.

2 ulasan:

Cik Lah berkata...

Hai Fiza
Assaalam..Salam perkenalan. Thanks kerana sudi menjengah ke Cik Lah corner

Bungadamia berkata...

yep sama2 cik lah

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Archive

RECENT VISITORS

Jalan-jalan Sambil Minum..Nah Segelas Kopi