Followers


Sabtu, 20 Ogos 2011

~Biskut Badam Rangup Mat Gebu~

 Biskut raya lagi..Dah cakap dah..satu hari satu jenis biskut..Tak larat nak buat banyak banyak dalam masa satu hari..Sekut ni dari mat gebu..Memang simple dah sedap biskut nie..jom la kita layan resepi nya...

Resepi asal:-)Mat Gebu


BAHAN-BAHANNYA :-)
150 g mentega
100 g gula aising
1 biji telur gred A (berat kurang lebih 60 g sebiji)
1/2 camca teh esen vanilla
100 g tepung gandum*
100 g tepung kastard*
75 g tepung jagung (cornstarch)*(*disatukan dan diayak)
50 g serbuk badam
50 g tepung gandum (extra)

UNTUK HIASAN:-)
1 kuning telur
Badam cincang secukupnya

 CARA MEMBUATNYA :-)

  • Pukul mentega dan gula aising hingga berkrim. Masukkan telur dan esen vanilla. Terus memukul hingga gebu.
  • Sementara itu gaul serbuk badam bersama tepung yang telah diayak, kemudian masukkan tepung tadi sedikit demi sedikit ke dalam adunan mentega, gunakan speed perlahan. Jika adunan kelihatan terlalu lembik, masukkan sedikit lagi tepung (50 g, extra), hingga adunan tidak melekit. (Biar kan sekejap adunan...)
  • Ambil 1/3 doh tadi dan canai 1/2 cm tebal, terap dengan acuan kegemaran dan susun atas dulang pembakar, sapu kuning telur dan tabur badam cincang, tekan sedikit supaya badam melekat. Bakar dalam oven yang telah dipanaskan pada suhu 175C selama 15 - 20 minit. Sejukkan atas jaringan sebelum disimpan dalam bekas kedap udara...


2 ulasan:

Mat Gebu berkata...

salam...terima kasih sudi mencuba..sama lah saya pun sehari 1 jenis saja buat biskut..tak larat sudah...huhu..

Bungadamia berkata...

salam cik mat gebu..sama-sama..tq juga kngsi resepi..hehe..dalam tak larat tu mesti banyak buat biskutkan..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Archive

RECENT VISITORS

Jalan-jalan Sambil Minum..Nah Segelas Kopi