Salam petang isnin...Minum petang harini...Kuih lopes..tak moh cakap banyak.Jom tengok resepi..Nak cepat sebenarnya.Kuih lopes dah memanggil-manggil sebenarnya..hehehe
Bahan-bahan:-)
1Kg Beras Pulut
5Helai Daun Pandan-Jadikan Jus
Beberapa helai daun Pisang
Tali
1Biji Kelapa-Putih
Garam
Untuk Sira:-)
1Cawan Gula Merah
1Cawan Gula Pasir
1Cawan Air
1Helai Daun Pandan
Cara-cara:-)
Untuk Pulut
-Rendam Pulut Hingga kembang.
-Kukus sehingga separuh masak.
-Gaul rata pulut dengan air pandan.
-Ambil daun pisang dan letakkan pulut bentuk-bentukkan pulut biar sekata dan diikat dipangkalnya dgn tali.
-Panaskan pengukus masukkan pulut kedalam kukusan.Kukus hingga masak.
-Setelah masak sejukkan dulu.
-Potong pulut yang telah disejukkan dengan menggunakan benang..Kalau potong guna benang akan jadi canik dan kemas..
-Gaul pulut dengan kelapa yang diletakkan garam sedikit.
Untuk sira:-)
-Masukkan sume bahan untuk sira.Masak hingga larut.Bila telah masak tapis air gula untuk membuang benda asing.
-Siap dihidang bersama lopes..
........................fiZa DaMia YummY.........................
2 ulasan:
kuih lopes...kuih fav akak nii..tapi malas nak buat..salam kenal & follow ur blog ;)
salam kenalan juga kak..saya juga follow akak..
Catat Ulasan