Salam malam....makan malam kami..acar timun berempah..Memandangkan ada timun lagi sebatang kat dalam peti ais tu.Duduk cm tu jr.Lama-lama tak blh makan pulak nanti.Makan malam yan simple bagi kami malam ni..Gereng ikan kering ada sambal belacan tambah dgn acar timun nie..terangkat u...
Bahan-bahan:-)
1Batang Timun -Potong panjang
1Batang Carrot-Potong Panjang
sedikit Udang Kering-Rendam
5Biji Cili Merah-Belah 2
5Biji Cili Hijau-Belah 2
4Biji Bawang Besar-Belah 2
1Cawan Cuka
Garam n Gula
Bahan Kisar
2Sudu Jintan Manis
2Sudu Jintan Putih
2Sudu Ketumbar
1Sudu Lada Hitam
2Sudu Serbuk Kunyit
Bahan Tumis
5ulas Bawang Merah-Mayang Halus
5Ulas Bawang Putih-Mayang Halus
2Inci Halia-Mayang Halus
Kulit Kayu Manis,bunga cenkih,halba campur
Cara-caranya:-)
-Panaskan minyak dan tumis halba campur,kayu manis dan bunga cenkih hingga naik bau.
-Kemudian masukkan bahan mesin,Kacau sebati dan biarkan garin baru masukkan udang kering.
-Masukkan cuka,garam dan gula biarkan mendidih baru masukkan timun,carrot,bawang besar,cili merah dan cili hijau.
-Balok-balikkan dan tutup api.
-Sejukkan dan boleh dihidangkan.
note:-)
-Boleh tambahkan telur atau udang segar.
.......................fiZa DaMia YummY............................
Tiada ulasan:
Catat Ulasan