Resepi asal;-)Noorsha ,Noorsha@MyR & Izah Daut
Bahan-bahan ( Untuk Pastri - 27 biji small size )
200 gm Tepung Gandum
100 gm Mentega Sejuk
Air Sejuk
Secubit Garam
Bahan-bahan untuk inti
1 Tin Besar Sardin
1 Biji Bawang Besar - Dihiris
* 3 Ulas Bawang Putih
* 5 Biji Cili Api (boleh tambah kalau nak pedas lagi)
1 Biji Lada Merah - Dihiris
Garam
Secubit Gula
1 - 2 biji limau kasturi
Cara-cara:-)
Untuk Pastri :-)
- Ayak Tepung Gandum bersama Garam ke dalam mangkuk.
- Potong mentega sejuk kepada saiz 1 cm dan masukkan kedalam adunan tepung.
- Ramas tepung dengan mentega sejuk sehingga menjadi seperti breadcrumb @ serbuk roti.
- Masukkan air sejuk sedikit demi sedikit dan uli hingga doh licin &; tak melekat di tangan.
- Balut doh dengan plastic wrap dan masukkan dalam peti sejuk sebelum sediakan inti.
Untuk Inti:-)
- Asingkan sardin dengan sos dan hancurkan.
- Bahan-bahan bertanda ( * ) ditumbuk halus dan tumis sehingga wangi
- Masukkan hirisan bawang besar &; tumis bersama hingga layu.
- Masukkan 3 sudu besar sos sardin yang telah diasingkan tadi. Tumis hingga garing.
- Masukkan sardin yang telah dihancurkan tadi, lada merah yang dihiris dan perasakan dengan garam, gula &; limau kasturi.
- Tumis hingga betul² garing.
- Cara menyediakan Sardine Roll
- Canai nipis pastri &; potong kepada sais segi empat tepat (saiz roll terpulang pada citarasa. Saya buat kecil²)
- Masukkan sedikit inti sardin &; gulung.
- Susun dalam dulang pembakar &; sapukan permukaan roll dengan kuning telur
- Dengan menggunakan hujung gunting, gunting sedikit permukaan roll tadi &; bakar sehingga kuning keemasan.
2 ulasan:
rajinnya fiza buat sardin rolls... akak hanya beli jer... tp buat sndiri mmg puas ati kan fiza... nampak sedap tu tau...
boleh la kak sikit-sikit..tapi sekarang ni jarang masak..ye la kak buat sendiri memang puas hati..tq ye kak resepi nie memang sedap..
Catat Ulasan