Halaman

Selasa, 19 Julai 2011

~ Nasi Ketumbar...

 Assalammualaikum....Menu malam ni kita makan nasi ketumbar..Tak penah buat pon sebelum nie..Percubaan pertama..Memang sedap.. Dah ramai yang mencubanya kan.. Rasanya macam nasi ayam pon ada gak gitu ( eh betul ker? Heheheh.. Nasi ni makan macam tu saja pon dah sedap tau..
 Resepi Asal:-)Melley Mey



Bahan-Bahan:-)
500g beras
3 s/b mentega / minyak sapi 
Sedikit minyak
1 biji bawang merah ( dimayang halus )
3 batang daun ketumbar ( blend halus )
Sedikit garam
Pewarna hijau
1 kiub ayam

Cara-Cara:-)
  • Basuh beras dan toskan.
  • Cairkan mentega bersama sedikit minyak.
  • Masukkan bawang goreng sehingga wangi dan masukkan kiub ayam.
  • Kemudian masukkan beras, daun ketumbar yang telah blend tadi dan secubit garam.
  • Masukkan air dan masak seperti nasi biasa.
  • Bila nasi dah kering buat beberapa lubang dan titiskan pewarna hijau.
  • Tunggu sehingga nasi betul-betul masak dan gemburkan sebelum dihidang.
Pesan Kak Melley Mey
*daun ketumbar yg diblend tak perlu ditapis kalau ditapis akan mengurangkan aroma daun ketumbar dlm nasi..



2 ulasan:

  1. Assalamualaikum fiza...
    hehehee... nie bukan resipi asal akak nie fiza... empunya resipi nie Q'ein... ;)
    terima kasih link nye tu yer fiza... sedapkan nasi nie fiza...

    BalasPadam
  2. waalaikumsalam kak..ye ke..hehe terlepas pandang la plk..a ah sedap kak nasi nie..

    BalasPadam