Halaman

Khamis, 4 Ogos 2011

Kuih Talam Gula Merah

 Assalammualaikum....Diam tak diam dah 4 hari kita berpuasa..Macam mana puasa semua ok tak..Di harap ok la kan...Jangan malas-malas puasa..Hehehe..jom la kita layan kuih talam gula merah nie..sumber dari rumah izah daut..Kuih nie untuk kami berbuka semalam..
 Sember:-)Izah Daut


Lapisan Bawah:
1 cawan gula merah ) masak dan sejukkan
1/2 cawan gula pasir )
5 cawan air biasa )
2 cawan tepung gandum
2 sudu besar tepung ubi
1 sudu kecil kapur

Cara-caranya:-)
  •  Panaskan kukusan dan sapukan minyak pada loyang.
  •  Gaulkan adunan dan tapiskan.
  •  Tuangkan dalam loyang dan kukuskan selama 20 minit.
  •  Bila dah masak, cakarkan sikit permikaan adunan dengan garfu.


Lapisan Atas
3 cawan santan pekat
1 cawan tepung beras
1 sudu kecil garam

Cara-caranya:-)
  •  Gaul dan tapiskan. Masakkan sedikit adunan ini sehingga naik wap saja..
  •  Tuang atas adunan bawah yg telah dicakarkan sikit dan
  •  Kukus selama 20 minit atau sehingga masak
  •  Sejukkan dahulu baru dipotong dengan pisau pelastik dan hidangkan.






2 ulasan:

  1. hitam elok je warne lapisan bawah tu... sedap buat juadah berbuka n share ngan jiran kuih gini kan

    BalasPadam
  2. tq izah atas resepi nie..memang sedap la..tapi tak cantik la permukaan atas tu..

    BalasPadam